Kejayaan Kewangan Waktu Sukar
Assalamualaikum,Kali ini kita sambung tips & nasihat dalam pendidikan kewangan dari post Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 1 yg lalu.
Dari bacaan buku Unfair Advantage - The Power of Financial Education yg penuh idea baru & kemahiran hidup sebenar ilmu kewangan, berikut saya cuba rumuskan nasihat2 utama yg cuba disampaikan oleh Robert Kiyosaki kepada kita semua, terutama dalam usaha menaik-pulih golongan marhain dan miskin ke tahap kehidupan yg lebih baik.
Masih ingat ciri2 mereka yg ada dan tiada pendidikan kewangan?
Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!
Robert dan isterinya Kim berkongsi pengalaman dan menekankan 5 faktor utama berjaya iaitu:-
1) ILMU PENGETAHUAN
2) CUKAI
3) HUTANG
4) RISIKO
5) PULANGAN / GANJARAN
Ilmu Pengetahuan - Pendidikan Kewangan
Robert dam Kim sememangnya menekankan pendidikan kewangan sebenar yg paling penting. Bukan seperti yg biasa diajar agar kita menyerahkan wang kpd org kaya dan kerajaan yg menjadi faktor utama berjuta org mengalami kehancuran kewangan!Jadi, mari kita contohi mereka yg berjaya ini - terdapat 4 kelas aset utama iaitu:-
- Bisnes/perniagaan
- Hartanah
- Aset kertas
- Komoditi
Namun, yg mempercepatkan mereka mencapai matlamat ialah objektif utama yg mahu bebas kewangan dgn mempunyai aliran tunai yg dijana dr aset melebihi perbelanjaan sara hidup mereka!
Makna sebenar kebebasan kewangan bg Robert dan Kim ialah bukan dgn simpanan berjuta dolar dlm akaun bank, tetapi ialah dgn mempunyai aliran tunai masuk dijana setiap bulan samada mereka bekerja atau tidak, dari pelaburan aset mereka.
Dan pendapatan ini sudah melebihi perbelanjaan kehidupan bulanan mereka - dari seawal berkahwin 1989 sehingga 1994, pendapatan bersih pelaburan aset mereka ialah USD10000 sebulan dan jumlah sara hidup mereka waktu itu USD3000 setiap bulan. Ini sudah bebas kewangan!
Kesimpulan Pendidikan Kewangan
Jika kita tidak berpendidikan kewangan yg sebenar, kita tdk dpt bezakan yg mana aset yg mana liabiliti, yg mana keuntungan modal atau aliran tunai, apa pelaburan asas apa pelaburan teknikal, kenapa berhutang boleh jadikan org kaya atau makin miskin...dan mengapa org kaya membayar cukai sedikit!? Apetah lg membezakan yg mana pelaburan & nasihat yg bagus atau yg teruk!Tanpa pendidikan kewangan sebenar ini, apa yg kita tahu cuma mengikut saja spt yg dilatih pergi sekolah, bekerja keras, hidup sederhana, bayar cukai, beli rumah, jauhi hutang dan teruskan hidup...
![]() |
Kewangan & Robert Kiyosaki |
Jadi, nantikan next post dari saya, Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 3 untuk belajar seterusnya kuasa ilmu kewangan yg tidak diajar di sekolah! Siri 3 akan fokus kepada topik pengurusan CUKAI dan HUTANG.
ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
0 comments:
Post a Comment