Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Anda PERLU Dilindungi!

Adakah Anda Protected?

Sedar atau tidak, dalam kehidupan zaman sekarang, ramai yang mempunyai perlindungan insurans atau takaful untuk kereta atau rumah mereka. Lazimnya, kereta dan rumah diinsuranskan kerana pemilik tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda ini. Tetapi mengapa masih ramai yang tidak melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda mereka?

Kita sering beranggapan sesuatu perkara yang buruk tidak akan menimpa kita. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang boleh diramal. Insurans dan takaful mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah untuk anda, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan anda dan keluarga dijamin ketika anda memerlukannya.

Cuba anda jawab & fikirkan persoalan kehidupan berikut:-

Bolehkah keluarga meneruskan hidup tanpa anda?

Adakah keluarga anda memerlukan rawatan kesihatan? sekarang, atau di masa hadapan...

Adakah simpanan anda cukup untuk kehidupan selepas bersara?

Bagaimana dengan rumah anda? Dilindungi?

Insurans untuk kenderaan anda WAJIB beli kan?

Lindungi diri anda. Lindungi mereka yang tersayang dan pastikan pelaburan anda untuk perlindungan ini berbaloi.
Pakej Perlindungan Terbaik Anda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Wanita Wajib Insuran!

Assalamualaikum,

Perempuan / Ibu / Isteri / Anak patut ambil insurans

Harini nak share pengalaman berlaku depan mata. Pagi tadi terima panggilan dari seorang wanita yang tidak dikenali. Oh rupanya prospek. Dapat no telefon saya dari sahabatnya, salah seorang client saya. Ingin berjumpa dengan segera.

Dipendekkan cerita, rupanya di pemanggil ini ingin segera mengambil insuran. Bila ditanya mengapa, katanya...
"saya dah tak mau fikir pasal duit dah bila sakit nanti! dah serik, makcik saya dalam setahun habis rm100k untuk 3 kali pembedahan kanser perut & rektum...walaupun famili makcik banyak duit, tapi lepas kejadian tu satu famili semua berkejar ambil insuran!"
Dalam hati saya syukur dia mendapat petunjuk betapa pentingnya insuran tu. Setelah saya selesai membuat sedikit soal jawab, mereka sekeluarga sihat dan akhirnya dia dan suami bersetuju mengambil plan PruBSN TakafulLink Series untuk mereka berdua. Dan katanya jika masih cukup budget untuk 2 orang anak perempuan mereka juga nanti...Alhamdulillah.
Sediakan Payung sebelum hujan, sediakan bekalan makanan sebelum banjir...
Jadi, kesimpulannya dari kisah ini ialah, saya berseru sangat kepada kaum hawa terutamanya, tak kira lah anda seorang ibu atau isteri atau si cantik manis atau wanita berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa...kita sebagai perempuan amat berisiko untuk mendapat penyakit kritikal, apatah lagi jika dalam keluarga ada sejarah...ambil lah insuran!

Jangan tunggu bila dah habis duit sebab sakit, bila dah susah, bila dah tak sihat, bila badan dah bermasalah barulah nak cari agen insuran...sebab syarat utama untuk ambil insuran / Takaful ialah SIHAT! lagi pun apa la yang ruginya kalau berTakaful?
  1. pampasan2 pasti ada sebagai wasiat,
  2. kalau sakit kad perubatan (medical card) dah boleh tanggung kos rawatan di hospital swasta, dan
  3. duit simpanan tetap ada, siap invest lagi!
jadi mana ruginya? kalau la terjumpa part yang rugi tu segera telefon saya ya...nak juga saya tau..

Apa yang rugi kalau berTAKAFUL?


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Etika sebagai Mujahid Takaful

Assalamualaikum,

Akhlak Agen Insuran/Takaful

Pertama sekali ucapan syabas kerana anda seorang agen insuran & Mujahid Takaful! syabas diucapkan. Pilihan pekerjaan yang baik untuk dunia & in sya Allah akhirat juga.

Jadi, macam mana nak jadi seorang mujahid takaful yang beretika & disukai ramai ni? setiap mujahid takaful adalah pembawa panji Islam dalam mengamalkan sistem kewangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka haruslah berakhlak dan beretika. jom kita sharekan sedikit sebanyak tugas mujahid takaful ini secara generalnya ya :-

  1. Perlu mempunyai sifat siddiq iaitu benar, terutama dalam mengendalikan peserta2 takaful. Setiap transaksi dilaksanakan harus telus dan mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama. Ketika mempromosikan produk, perlu benar dalam menyatakan ciri-ciri pakej atau produk berkenaan. 
  2. Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata, sehingga sampai ke tahap berbohong demi menarik minat prospek untuk mengambil sesuatu produk. Sabda Nabi SAW: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, golongan orang-orang yang benar dan para syuhada". (Riwayat At-Tirmidzi) 
  3. Agen takaful perlu amanah. Dalam hal ini, peserta telah melantik mereka sebagai wakil untuk memikul amanah bagi menguruskan caruman mereka. Setiap tindakan yang dilakukan pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jangan melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga menjejaskan reputasi takaful di mata masyarakat. Ini sekali gus akan merosakkan imej sistem kewangan Islam itu sendiri sehingga boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat. 
  4. Tugas seterusnya ialah tabligh iaitu menyampaikan. Wakil takaful perlu menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dan membuktikan kebaikan yang ada pada sistem kewangan Islam melalui takaful ini. Sesungguhnya takaful menyelamatkan masyarakat dari elemen yang bercanggah dengan syariah Islam seperti Riba, Gharar (ketidaktentuan), & Maisir (perjudian).
  5. Akhlak seterusnya ialah fatanah atau bijaksana. Jangan terlalu tergesa-gesa dalam berhadapan dengan prospek sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Gunakanlah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berdakwah. Tugas kita hanya menyampaikan & Allah yang memberi hidayah kepada mereka yang dikehendakiNya.
  6. dan yg terakhir, buat kali ini, para mujahid Takaful perlu sentiasa peka terhadap segala perkembangan terkini, termasuklah aktiviti, operasi dan produk atau perkhidmatan atau pakej takaful yang dikeluarkan.
(Dirumus bersama dari petikan Utusan Malaysia 07/04/2010 Bicara Agama bersama Wan Jemizan Wan Deraman)

P/S
pssst...psstt...jika berminat menjadi mujahid takaful bersama saya, jom cuba, mana tahu di sini rezeki anda... terus contact saya ok! >_<

ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH