Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

6 Sebab Budget Anda Gagal

6 Kemungkinan Mengapa Budget anda tidak berfungsi

Para Pembaca Budiman,

Kali ini jom kita menjawab persoalan mengenai budget yang gagal.

Mematuhi belanjawan dirasakan rumit dan ketat, malah membuat anda berasa lemah.
Bagaimana agaknya mahu mewujudkan bajet yang benar-benar boleh mengubah nasib kewangan anda?
Adakah anda pernah mengikuti perbelanjaan anda dan mencipta bajet?
Adakah ia berhasil?
Jika anda telah mencuba dan gagal, terdapat pelbagai sebab mengapa bajet anda mungkin tidak berjaya seperti sepatutnya, dek kerana...

Memandang Rendah Perbelanjaan Anda

Ia agak sukar untuk menganggarkan perbelanjaan yang tidak teratur seperti bil utiliti. Ia adalah penting untuk bersikap realistik mengenai anggaran kos bulanan anda. Sediakan buffer dan overestimate (lebihkan anggaran) perbelanjaan anda jika perlu. Dengan cara itu, anda tidak akan selalu kehabisan atau terlebih belanja melebihi bajet!

Belum Rangka Belanjawan Sepenuhnya

Adakah anda lupa untuk bajet perbelanjaan sekolah anak-anak anda? Adakah anda terlupa bil insurans kereta tahunan anda? Pastikan tidak lupa memasukkan semua perkara yang perlu ke dalam bajet bulanan & tahunan anda. Lain-lain perbelanjaan yang sering terlepas pandang termasuk rumah dan penyelenggaraan, juga bil-bil keperluan lain (personal loan, cukai tanah, kad kredit dll). Adalah mencabar untuk bajet barang-barang keperluan ini namun ia boleh dilakukan.


Tiada Dana Kecemasan

Setiap kali perbelanjaan yang tidak dirancang datang, dana kecemasan boleh memenuhi kecemasan itu tanpa mengganggu bajet anda sehingga keluar trek. Namun ingat, hanya gunakan dana kecemasan untuk kecemasan sahaja, jangan anggap ia sebagai lanjutan/tambahan/extra kepada bajet bulanan anda yg sudah dirangka!

Perbelanjaan Anda Terlalu Tinggi

Jika pendapatan anda hampir tidak memenuhi perbelanjaan anda, ia mungkin masa untuk memotong beberapa perkara. Adakah anda benar-benar memerlukan telefon pintar yang mahal? Adakah perlu memotong kuku anda secara profesional (menicure/pedicure)? Perlukah anda 'mengopi' di tempat yg berjenama walaupun rasanya tidaklah sesedap mana? Ini antara contoh perbelanjaan yg boleh dipotong dari bajet anda! Ia agak menyakitkan pada mulanya, tetapi anda akan terus dapat hidup, dan makin baik jika diteruskan bersederhana ^_^

Perhatikan (Keeping Track) Perbelanjaan Anda

Sesetengah kategori bajet lebih sukar dirancang berbanding yg lain. Perbelanjaan runcit misalnya, mempunyai kecenderungan untuk terlebih jika tidak mengawalnya dengan tegas & teliti. Apa yg perlu dibuat ialah rekodkan setiap perbelanjaan harian anda, mengikut kategori, agar di setiap masa dapat tahu ke mana wang anda dihabiskan. Expense Manager antara aplikasi percuma terbaik untuk ini!

Katakan CUKUP kepada diri sendiri!

Jika anda selalu berbelanja lebih dari apa yg telah diperuntukkan, ia mungkin masa untuk mengambil perhatian serius kepada pilihan anda. Jika anda mahu belanjawan anda untuk berjaya, ia adalah penting untuk belajar memberitahu diri anda sendiri "CUKUP"!


Jadi, yg mana faktor di atas yg masih sentiasa mggagalkan anda dalam menepati beanjawan bulanan anda?

Jom sedikit praktis dengan BIL AJAIB seperti dibawah:-
1. ambil sekeping kertas
2. senaraikan kategori belanja bulanan anda
3. susunkan seperti dlm gambar Bil Ajaib
4. dalam bulatan kosong itu tulis perkataan GAJI SAYA
5. lipat kertas tadi kpd 2 bhgn
6. lipat sekali lagi kpd 2 bhgn, agar bulatan GAJI SAYA berada di tengah2
7. sekarang koyakkan bhgn bulatan GAJI SAYA itu!
8. dan buka semula lipatan anda...perhatikan...GAJI SAYA sudah tiada!

Jadi, jika GAJI ANDA sudah tiada, macam mana nak bayar semua keperluan yg disenaraikan itu!???
Di sinilah anda perlukan saya! ^_^

Juga Kewangan & Robert Kiyosaki untuk panduan anda selanjutnya.
Sekian.

BIL AJAIB ANDA

ZULAIKHA ZUL (Muqmeen Group)
019.330.6849
Protect Your HEALTH & WEALTH
#RealLifeRakanTakaful

Persoalan Insuran Takaful

Soal Jawab Insuran Takaful

Semakin kesedaran dalam insuran dan Takaful meningkat,
laju sejajar dengan kepentingannya juga semakin diperlukan,
mengikut peredaran kemajuan yg semakin tinggi.

Jom kita berkongsi beberapa soalan hangat berkaitan insuran / takaful
seperti berikut:-

1. Berapa banyak insurans / takaful perlu saya laburkan?

5-10% daripada pendapatan kasar anda.
Ia adalah boleh tolak cukai - income tax :)

2. Saya sudah mempunyai insuran. Bolehkah saya mendapatkan lagi perlindungan dan mengapa?

Ya, anda boleh mendapatkan lagi perlindungan,
terutamanya selepas peristiwa besar dalam hidup seperti perubahan pekerjaan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi untuk melindungi, berkahwin, mempunyai anak, membeli harta. Keperluan anda meningkat mengikut umur dan lifestyle anda. 

3. Apakah perlindungan yang saya perlu? 

Pakej komprehensif perlindungan berkaitan pelaburan:
- Hayat dan hilang upaya kekal
- Penyakit kritikal
- Kemalangan
- Perlindungan perubatan / medical card
- Nilai tunai / simpanan / pelaburan

Jika anda mendapati diri anda underinsured dalam mana-mana salah satu dari perkara di atas, anda perlu top-up dengan sewajarnya.

4. Mengapa syarikat yang berbeza mempunyai kadar dan harga yg berbeza pada kad perubatan mereka?

Pertama --> Fasal yang berbeza:- 
- FASAL PENGELUARAN PORTFOLIO memberi hak kepada syarikat itu untuk menarik balik faedah perubatan dengan notis satu bulan. Terutamanya dalam kes kehilangan disebabkan oleh tuntutan yang berlebihan dan prestasi syarikat semakin menurun. Juga syarikat boleh mengeluarkan faedah jika tidak membayar atau berlaku penipuan.
(PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE entitles the company to withdraw the medical benefits with one month notice. Especially in case of loss due to excess claims and company performance spiralling down. Also the company can withdraw benefit if non-payment or fraud)

- FASAL TIDAK BOLEH BATAL bermakna syarikat itu tidak boleh membatalkan faedah perubatan selagi tidak ada penipuan dan pembayaran yang baik. PRUDENTIAL baru-baru ini mengukuhkan fasal ini.
(NON-CANCELLABLE CLAUSE means the company cannot cancel the medical benefits as long as there is no fraud and the payment is good.)

Kedua --> Pakej yang berbeza:
harga bilik / had tahunan dan jangka hayat / elaun wad / co-insurans atau perlindungan penuh / perlindungan bersalin dan komplikasi akibat kemalangan

Dana Kecemasan


Harap perkongsian ini membantu anda membuat perancangan terbaik untuk anda dan keluarga ^_^
Jom #takaful #financialfreedom

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

BERNAMA - Spend Money On Insurance Instead Of Luxury Cars And Goods, Youths Told

Kekayaan vs Insuran



Di sini sedikit perkongsian tentang belia yg baru mula bekerja...bolehkah mereka terus mengukir kekayaan tanpa insuran?

Teruskan membaca artikel di bawah...



BERNAMA - Spend Money On Insurance Instead Of Luxury Cars And Goods, Youths Told



 ZULAIKHA (Muqmeen Group)

019.3306849

Protect Your HEALTH & WEALTH

Boleh Percaya ke Takaful & Agen?

Takaful & Kewangan Masa Depan Anda

Assalamualaikum ^_^


Sebagaimana topik kali ini, Boleh Percaya ke Takaful & Agen?
Jadi, apa jawapan anda? Anda percaya keduanya?

Untuk apa perlu bertakaful?
Harini kita mungkin kata tak perlu lagi...kerana nikmat hidup sihat hari ini kita masih rasa...
sakit belum datang menimpa...

Harini kita mungkin kata " hah! insuran? takaful? nanti2lah tggu gaji naik lah dulu..."
sebab gaji masih mampu bayar bil klinik utk sakit2 biasa...
sakit2 berat dan malang belum datang menduga...

Cuba kita renungkan n fikirkan sejenak hari esok...

bila badan dah mula sakit,
dah jadi rumah kedua hospital dan klinik ...
duit simpanan lama2 makin sikit...
makin teruk lagi kalau tiada yang dapat membantu bayar bil...
termasuk company tempat kerja bila kata sakit ni kita tak cover...
apetah lagi bila wife pun memang tak kerja...
sakit nak datang tak tunggu gaji naik!
sakit main serang takde nak mintak izin!

diri yg sakit, banyak sagat fikir, dah la bertambah sakit...

kalau ada yang tolong fikirkan kan bagus!
siap tolong bayarkan lagi bagus!

Jadi kesimpulannya...
Carilah agen yg anda percaya (seperti saya) dan segera ambil perlindungan Takaful.
Habis cerita.

#agentegartakafulanda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Insuran: Kaya @ Miskin ?

Takaful Elak Risiko Hutang

Assalamualaikum,

Wah akhir2 ni ramai yg bercakap mengenai topik kaya dan miskin! So kali ni boleh la dikongsi bagaimana insuran & Takaful ni sebenarnya membantu tak kira orang kaya atau orang miskin, tetapi at least dapat elakkan kita jadi miskin kalau hidup tanpa insuran/Takaful.

Memiliki insuran takaful memang takkan buat kita jadi miskin, tetapi sekurangnya tidaklah kita membazir wang simpanan kita yang bertahun, terbakar begitu sahaja bila waktu kecemasan - malang tidak berbau, bersediakah kita sepenuhnya?

Ramai antara pembayar insuran dan penyumbang takaful yg setakat ini hanya berterusan membayar, namun belum lagi diuji tiba waktu kecemasan. So ramai yg belum nampak dan merasa betapa faedah dan untungnya bila dilindungi insuran takaful ni. Tapi ingat ini cuma buat masa sekarang, mungkin di masa hadapan dan kemudian hari kita belum tahu.

Pengalaman sendiri bersama clients, memang ramai yg kadang2 mengadu, terasa macam tak bermakna bayar insuran/takaful ni, sebab tak sakit tak diuji tak guna pun medical card tu...ada yg sampai mahu berhenti membayar! wah tunggu dulu! cuba kita fikir2 dan kira2 dulu apa niat sebenar waktu ambil polisi insuran takaful ni dulu:-

1) Zaman sekarang kalau sakit, terutama anak2, sudah pasti nak segera dapat rawatan jadi jawapan segera juga pastilah segera ke hospital pakar dan swasta --> tunjuk saja medical card dgn segera, mudah, tanda kita sudah bersedia

2) Bila sudah bersedia dgn kad perubatan, maka masalah wang sudah pasti tidak timbul! cuma mungkin hanya perlu sedikit sekitar RM300 sebagai deposit kemasukan ke hospital swasta (*juga 10% ko-takaful jika polisi bukan full coverage).

3) Jadi, ada medical card, tiada masalah mencari duit dlm kecemasan, maka dapatlah kita elakkan berhutang juga! Malah mungkin sesudah habis rawatan dapat wang elaun lagi =)

4) dah pernahkah anda berfikir jauh lagi, jika anda ketua keluarga, pindahkan risiko dgn dilindungi insuran takaful ini maka sudah pasti ada memiliki pampasan kematian (death benefit) disamping Cash Value dari simpanan & pelaburan dlm polisi anda, yg sudah pasti amat membantu ahli keluarga yg ditinggalkan bersedia membayar hutang-piutang tinggalan anda.

Pindahkan Risiko - Insuran Takaful
Jom kekalkan keutamaan insuran takaful itu di senarai teratas keperluan kehidupan dan dalam financial planning kita. Bak kata Robert Kiyosaki -->

Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!

p/s melabur dalam Takaful adalah satu pelaburan yg terbaik :- menepati ciri2 Org yg berpendidikan kewangan menurut Robert
- dapat tolak cukai Rm6000 (life + KWSP) + RM3000 (perubatan + pendidikan)-cukai menurun
- dapat pindahkan risiko-risiko menurun
- dapat selamatkan duit simpanan (kecemasan utk risiko2 yg lain)-risiko menurun & pulangan meningkat 
- ada pampasan, simpanan, cash value & pelaburan utk masa hadapan-pulangan meningkat

#ikha0193306849
#ejentegarTakaful

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH


Insuran Tak Penting!

Bila Tiada Insuran

Assalamualaikum,

Kali ni kita cuma kongsikan satu kes rujukan kisah benar yg berlaku dlm kehidupan seharian kita di zaman sekarang...topik kepentingan insuran dan takaful, atau yg lebih mudah ialah pelan perlindungan diri.

Akibat Rasa Insuran Tak Penting

Kesimpulannya, ambillah Pelan Perlindungan Takaful 3-in-1 yg merangkumi pampasan + kad perubatan / medical card + simpanan / pelaburan. Hubungi saya segera sebelum malang datang menguji! 

#ikha0193306849
#ejentegarTakafulanda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Lagi GST!?

GST? F.I.R.E. !

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini, GST adalah isu yang paling hangat diperkatan di Malaysia. Pelbagai ragam dan pandangan diluahkan dan dikomen oleh rakyat. Sebahagiannya memberi semangat positif dan another half menjejaskan mood seharian kita.

Jadi, bagaimana caranya untuk mengatasi situasi ini? Mari kongsi tips yang boleh membakar kembali semangat kita.

E – EMOSI. Semangat itu sejenis emosi. Kita semestinya perlu beremosi untuk menaikkan kembali semangat yang layu. Dan emosi itu suatu perkara yang mampu dikawal. Jadi, kawal emosi kita dengan sebaik mungkin.

R – RANGSANGAN. Untuk mendapatkan emosi yang lebih hebat, kita perlukan rangsangan. Ia juga lebi mudah dikenali sebagai ‘pushing factor’ atau ‘driving force’. Rangsangan akan memberi daya tolak untuk kita membakar kembali semangat yang ada.

I – INGAT. Minda juga perlu dikawal. Pastikan minda kita diisi dengan ingatan yang positif. Ingat kembali saat-saat kita pernah mengecap kejayaan atau pernah menerima sebarang anugerah sepanjang kehidupan yang kita lalui. Secara tidak langsung ia akan memberi impak yang positif untuk kita kembali memiliki semangat yang luar biasa. 

F – FOKUS. Fokus terhadap perkara yang ingin kita capai. Fokus yang tinggi terhadap perkara yang mahu dicapai akan menaikkan semangat kita untuk memilikinya.

So, kita F.I.R.E. aje bila sebut mengenai GST! ^_^

GST Malaysia 2015

Credited: NLP Sukses www.nlpmalaysia.net

ZULAIKHA (Muqmeen Group)019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Ubat Sakit Hati...

Salam Jumaat,

Hari penuh barokah ini saya cuma mahu kongsi mengenai penjagaan hati. Hati sakit atau sakit hati? dua-dua lah...sila rujuk gambar di bawah, nak rawat hati ada 5 amalan yg baik utk kita sentiasa lakukan, pasti hati tenang, bersih dan suci in sya Allah. Sama-samalah kita ya ^_^

Hati Sakit atau Sakit Hati?
#ejentegarTakafulanda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 2

Kejayaan Kewangan Waktu Sukar

Assalamualaikum,

Kali ini kita sambung tips & nasihat dalam pendidikan kewangan dari post Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 1 yg lalu.

Dari bacaan buku Unfair Advantage - The Power of Financial Education yg penuh idea baru & kemahiran hidup sebenar ilmu kewangan, berikut saya cuba rumuskan nasihat2 utama yg cuba disampaikan oleh Robert Kiyosaki kepada kita semua, terutama dalam usaha menaik-pulih golongan marhain dan miskin ke tahap kehidupan yg lebih baik.

Masih ingat ciri2 mereka yg ada dan tiada pendidikan kewangan?

Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!

Robert dan isterinya Kim berkongsi pengalaman dan menekankan 5 faktor utama berjaya iaitu:-
1) ILMU PENGETAHUAN
2) CUKAI 
3) HUTANG
4) RISIKO
5) PULANGAN / GANJARAN

Ilmu  Pengetahuan - Pendidikan Kewangan

Robert dam Kim sememangnya menekankan pendidikan kewangan sebenar yg paling penting. Bukan seperti yg biasa diajar agar kita menyerahkan wang kpd org kaya dan kerajaan yg menjadi faktor utama berjuta org mengalami kehancuran kewangan!

Jadi, mari kita contohi mereka yg berjaya ini - terdapat 4 kelas aset utama iaitu:-
  1. Bisnes/perniagaan
  2. Hartanah
  3. Aset kertas 
  4. Komoditi
Kita perlu pelbagaikan pelaburan dalam kesemua 4 kelas aset utama ini. Seperti keberanian yg dilakukan oleh Kim isteri Robert ialah bermula dgn membeli 21 unit hartanah sewa dalam masa cuma 18 bulan! Target dan budget permulaan awal matlamat asal mereka ialah memiliki semua ini dlm masa 10 tahun!

Namun, yg mempercepatkan mereka mencapai matlamat ialah objektif utama yg mahu bebas kewangan dgn mempunyai aliran tunai yg dijana dr aset melebihi perbelanjaan sara hidup mereka!

Makna sebenar kebebasan kewangan bg Robert dan Kim ialah bukan dgn simpanan berjuta dolar dlm akaun bank, tetapi ialah dgn mempunyai aliran tunai masuk dijana setiap bulan samada mereka bekerja atau tidak, dari pelaburan aset mereka.

Dan pendapatan ini sudah melebihi perbelanjaan kehidupan bulanan mereka - dari seawal berkahwin 1989 sehingga 1994, pendapatan bersih pelaburan aset mereka ialah USD10000 sebulan dan jumlah sara hidup mereka waktu itu USD3000 setiap bulan. Ini sudah bebas kewangan!

Kesimpulan Pendidikan Kewangan

Jika kita tidak berpendidikan kewangan yg sebenar, kita tdk dpt bezakan yg mana aset yg mana liabiliti, yg mana keuntungan modal atau aliran tunai, apa pelaburan asas apa pelaburan teknikal, kenapa berhutang boleh jadikan org kaya atau makin miskin...dan mengapa org kaya membayar cukai sedikit!? Apetah lg membezakan yg mana pelaburan & nasihat yg bagus atau yg teruk!

Tanpa pendidikan kewangan sebenar ini, apa yg kita tahu cuma mengikut saja spt yg dilatih pergi sekolah, bekerja keras, hidup sederhana, bayar cukai, beli rumah, jauhi hutang dan teruskan hidup...

Kewangan & Robert Kiyosaki

Jadi, nantikan next post dari saya, Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 3 untuk belajar seterusnya kuasa ilmu kewangan yg tidak diajar di sekolah! Siri 3 akan fokus kepada topik pengurusan CUKAI dan HUTANG.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Cerita Hot Kad Kredit & Insuran

Assalamualaikum,

Jom kali ni kita kongsi satu kes rujukan mengenai mengambil insuran melalui panggilan telefon atau telemarketing...yg secara tidak langsung sebenarnya lebih buruk berbanding baiknya. Apatah lagi pembayaran dibuat melalui kad kredit! double lah keburukannya!

Jom baca kisahnya di Blog MazidulAkmal 


Membeli insurans / takaful melalui telefon menggunakan kad kredit... ramai rasanya yang dah terkena macam kisah ni... anda bacalah sendiri cerita sebenar dari bekas telemarketer tersebut... 
Kerja-kerja telemarketer yang macam inilah yang buat lebih ramai orang akan marah dan tak suka dengan insurans dan takaful... sebab apa?... bila nak claim susah... memanglah susah... sapa yang nak uruskan... nak hubungi telemarketer tu balik dah macam mana nombor pun takde... mereka ini cuma kerja makan gaji dan bukan ejen bertauliah!

Nasihat saya, jika nak beli insurans melalui telefon, ajak orang yang call tu jumpa terus dan minta dia explain depan-depan. Bila dah dapat polisi call syarikat insurans sama ada polisi tu betul atau tidak... dan minta dia tunjuk kad tauliah dia...atau kalau nak lagi confident call syarikat insurans tersebut dan tanya adakah ejen yang anda sedang berurusan tu adakah ejen bertauliah atau tidak.

Yang kedua... kalaulah ada mana-mana telemarketer yang baca artikel saya ni... yang bekerja macam dalam kisah tu... apa kata anda dapatkan lesen insurans... dan jual sendiri... untung sendiri... kaya sendiri... KELAYAKAN dan KEUPAYAAN dah ada... gunalah untuk diri sendiri... jangan biar orang lain menggunakan KELEBIHAN anda...

Atau anda boleh terus hubungi saya! #Ikha0193306849 =)

Credited to blog Mazidul Akmal.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kerja Anda HEPI?

Gembira Bekerja

Assalamualaikum,

Persoalan ini mungkin dapat terus memberi jawapan kepada diri anda sendiri apa jawapannya. Jika senyum ceria maknanya anda suka kerja anda, dan sebaliknya jika response anda menunjukkan mimik muka bosan atau tidak menarik - maksudnya begitulah juga kerja anda!

Jadi jom kali ini saya kongsikan tips yg saya belajar dari NLP dalam membuat anda gembira bekerja iaitu “HEPI” :-

H – Hargai
Hargailah apa yang kita miliki sehingga waktu ini. Kesihatan. Kebahagiaan keluarga. Kemewahan. Anak dan isteri. Rakan-rakan yang memahami. Semua ini perlu kita hargai, termasuk juga diri sendiri! Apabila kita menghargai maka diri kita juga akan dihargai.

E – Empaty
Ia membawa erti kita cuba memahami orang lain yang di sekeliling kita. Berfikir dalam kotak pemikiran orang lain. Bila kita fahami orang lain, kita akan tahu bagaimana untuk ‘react’ terhadapnya. Dan bila kita memahami maka org lain juga akan cuba utk memahami diri kita juga :)

P – Pilihan
Hidup ini dipenuhi dgn pelbagai pilihan dan  membuat pilihan adalah seni. Pilihlah perasaan yang baik dan positif ketika memulakan hari dalam kehidupan seharian kita. Kawal minda dengan baik, sertakan dengan senyuman, dan yakinkan diri dapat buat yg terbaik maka in sya Allah yg terbaik akan anda dapat. What you think is what you'll get!

I – Ikhlas
Ikhlas membawa erti selesai dengan tenang dan senang hati. Hindarkan diri dari perasaan yang negatif dan sifat-sifat yang kurang baik. Allah akan pandu kehidupan kita setelah kita buangkan segala perkara negatif tersebut. Ikhlas bekerja, ikhlas bersedekah, ikhlas dalam segala hal dan anda pasti mendapat yg terbaik juga, what you give is what you'll get back, perhaps double!


Jadi, Pasti kan anda amalkan HEPI ini ya. Sekian dahulu perkongsian, moga ini dapat membantu memotivasikan diri anda ke arah yg lebih baik, dan wassalam ^_^

#ilovemyjob
#ejentegartakaful
#prubsn

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Rugi Medical Card, ATM @ Credit Card?

Kad mana Paling Menguntungkan?

Ramai orang ada debit kad dan kredit kad (aka kad hutang!).
Namun masih ramai yang tidak ada awareness untuk memiliki medical card.

Bila ada medical card, duit saving kita tidak perlu dihabiskan utk biaya perubatan dan rawatan yg mahal.

ATM vs Kad Kredit vs Kad Perubatan



Segera hubungi saya ASAP sebelum habis simpanan dan harta anda tergadai bila anda ditimpa musibah!

#ikha0193306849
#ejentegarTakafulanda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 1

Pendidikan Kewangan Penting!

Assalamualaikum,

Topik panas yg masih diperkatakan dan semakin mendapat perhatian masa kini ialah mengenai KEWANGAN! Dari sebesar kewangan negara hinggalah pentingnya kewangan keluarga dan diri sendiri...jangan perkecilkan part ini ya.

Anda sudah tentu, terutama bagi yg berminat belajar dan memperkayakan kemahiran tentang pengurusan kewangan, pastinya kenal Robert Kiyosaki. Penulis kegemaran saya, yg gemar berkongsi mengenai kejayaan kewangan berdasarkan real life, dunia sebenar & pengalaman hidup sendiri, dan terkenal dengan buku No 1 nya Rich Dad Poor Dad.

Tapi kali ini, jom saya kongsi nasihat penting yg diambil dari salah satu buku Robert juga, yg bertajuk Unfair Advantage - buku yg menekankan kejayaan kewangan ketika berdepan waktu sukar, spt waktu kemerosotan ekonomi, dan pendidikan kewangan dalam pelaburan. Tips dari buku ini memberi idea baru & cara baru melihat WANG. Jadi, apa yg saya harap anda dapat lakukan ialah membuka minda terima idea baru, serius ilmu kewangan & ambil tindakan!

Menurut Robert, adalah lebih penting mengajar orang menangkap ikan berbanding memberi orang itu ikan! Sama seperti kisah monyet yg tidak mahu melepaskan umpan makanan dlm genggamannya walaupun sehingga ditangkap oleh orang asli yg memasang perangkap itu!

Manusia ibarat kisah monyet, kerana suka berpaut pada jaminan pekerjaan, milik & wang. Kerana tiada ilmu kewangan, kebanyakan orang sama dgn monyet yg terjerat itu - habiskan sepanjang masa sbg hamba gaji kpd majikan & hamba cukai kpd kerajaan. Bila krisis ekonomi berlaku, ramai yg tidak tahu apa yg sepatutnya dilakukan.

Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!

Dgn ada ilmu kewangan, kita boleh membuat wang mengalir masuk dalam poket kita, bukannya mengalir keluar, tidak kira waktu ekonomi baik atau buruk.

WHEN YOU ARE YOUNG,
WORK TO LEARN,
NOT TO EARN - Robert Kiyosaki

Setakat ini dahulu pengenalan untuk topik ini, nantikan Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 2 yg akan saya post tidak lama lagi... ^_^

p/s melabur dalam Takaful adalah satu pelaburan yg terbaik :- menepati ciri2 Org yg berpendidikan kewangan menurut Robert
- dapat tolak cukai Rm6000 (life + KWSP) + RM3000 (perubatan + pendidikan)-cukai menurun
- dapat pindahkan risiko-risiko menurun
- dapat selamatkan duit simpanan (kecemasan utk risiko2 yg lain)-risiko menurun & pulangan meningkat 
- ada pampasan, simpanan, cash value & pelaburan utk masa hadapan-pulangan meningkat 

#ikha0193306849
#ejentegarTakaful

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Anda Diam2 Kaya @ Mewah2 Miskin?

Assalamualaikum,

Kali ini mari kita berbicara pasal kewangan & gaya kehidupan aka lifestyle.

Dalam workshop investment/pelaburan yang pernah saya sertai memberi kesimpulan bahawa...
INFLASI berlaku adalah disebabkan LIFESTYLE!

Agak2 anda boleh fikir2 atau kira2 tak bagaimana gaya kehidupan ini akhirnya mempengaruhi tahap/kadar inflasi negara kita? Ok, saya akan kongsikan tajuk ini nanti kemudian ya.

Di sini saya nak share tweets dari Tun M kita mengenai kewangan...


Apa komen anda?
Yg mana satu agaknya tabiat kewangan kita?

Adakah asal dapat duit terus guna sampai habis?
Biar papa asal bergaya?
Atau
Dapat gaji, tolak simpanan dahulu, kemudian baki buat belanja?
Atau
Dapat gaji, tolak semua hutang dan belanja, ada baki baru simpan...kuang3...



Jadi, adalah tugas saya juga sebagai berkongi nasihat kewangan, walaupun yg diutamakan adalah bahagian insuran takaful dan pelaburan, untuk berkongsi tips, dan diharap secara langsung atau tidak, kita sama2 membantu memberi kesedaran mengenai pentingnya kita merancang kewangan kita setiap masa. Ini sudah tentunya untuk kesenangan diri anda semua juga...

GAGAL MERANCANG adalah MERANCANG KEGAGALAN!

Moga bertemu lagi di post Tips Kewangan yg akan datang...wassalam.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
#RealLifeRakanTakaful

Untung Income Tax Dengan Insuran

Assalamualaikum,
Salam Jumaat
Moga hari penuh barakah ini membantu memudahkan urusan kita semua

Anda dah selesai hal2 income tax anda?
Bg penyumbang Takaful jgn lupa isikan part insuran tu ya
RM6000 had utk life insurance + KWSP...
RM3000 had utk insuran pendidikan & perubatan (medical card)...

Sila rujuk e-filing di bawah:-

F16 adalah untuk insuran takaful nyawa aka life dan KWSP anda,
F18 pula utk insuran takaful pendidikan & perubatan (medical card) k

So siapa yg masih belum gunakan sepenuhnya kelebihan ini...
Can contact me ‪#‎Ikha0193306849‬ for details
Bagaimana pula dgn had RM500 utk medical checkup? Haaa...contact me!




nak belajar lebih lagi pasal eFiling ni boleh klik & baca
15 Tax Deductions You Should Know


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Apa Khabar GST?

Assalamualaikum,

Anda semua apa khabar...? ^_^

Kini waktu yg dinanti sudah tiba, April 2015 maka bermula lagi satu cabaran buat kita iaitu perlaksanaan GST Goods & Services Tax, dalam bahasa kita ialah CBP Cukai Barangan & Perkhidmatan, juga dikenali sebagai VAT Value Added Tax di sesetengah negara lain yg sudah lama mengaplikasikannya.

Untuk tahu latarbelakang GST ni lagi details boleh klik Apa GST @ CBP?

GST Malaysia 6%

Ada yang bertanya saya, apa pendapat tentang GST ni? saya menjawab...just wait & see :)

Pada saya, kita tak perlu cepat melatah dan terlalu mendengar dan percaya kepada suara2 terutama yg negatif, tentang akibat GST ini sebelum ianya dilaksanakan.

Ok, sekarang ianya telah bermula, kita berikan sedikit masa dan perhatikan apakah hasil2 positif atau negatif daripadanya. Kita lihat apakah reaksi dari perlaksanaan GST ini dari sudut kita sebagai pengguna dan juga tindakan dari pihak berwajib yg berkaitan dalam menangani segala permasalahan dan komen2 dari kita setelah diguna pakai GST ini.

So, kita tunggu & lihat...diharap moga lebih banyak yg positif dari yg negatif secara keseluruhannya. Kita sambung lagi nanti mungkin dengan topik GST yg menarik selepas ini ya...


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

3 Persoalan Panas Takaful

Assalamualaikum,

Sudah bertahun saya menguasai bidang bisnes insuran takaful dan keusahawanan  kewangan Islam ini. Bertukar dari seorang jurutera kepada perunding kewangan major in insuran takaful, bersama Prudential BSN Takaful.

Ada 3 soalan popular dan izinkan saya mengulas jawapannya ya... (ini semua adalah berdasarkan pengalaman sebenar sepanjang menjalankan tugas sebagai ejen tegar insuran takaful)


1) "Penting sangat ke insuran ni, macam RUGI je?"

Selalu saya akan tanya semula, insuran kereta dan rumah tu rugi tak? Kenapa insuran kereta adalah wajib? Apa akan jadi kalau kereta tiada insuran? Boleh ke lepas ACCIDENT baru nak amik INSURAN kereta? Kenapa sanggup bayar mahal untuk 1st party insuran kereta instead of 3rd party? Kenapa ramai yg ambil insuran rumah (contoh Takaful Rumahku) bila dah pernah rasa kerugian akibat banjir/kebakaran/gempa bumi/kecurian dll?

Jawapan unggulnya adalah...TAK MAHU RUGI!
-- RUGI duit simpanan yg disimpan bertahun bila sakit terpaksa & terdesak bayar bil hospital!
-- RUGI duit imbuhan pencen (sedarkah anda bil hospital yg kononnya ditaja keraj**n, sebenarnya ditolak dari wang imbuhan pencen anda)
-- RUGI masa & penat menunggu giliran bersama beribu pesakit lain terutama di hospital keraj**n
-- RUGI tenaga perit menahan sakit terutama waktu kecemasan (contoh akibat kemalangan) pasrah mengharapkan layanan VIP...
-- RUGI usia makin berumur berisiko mghidapi penyakit kritikal, masa tu kalau baru INSAF nak amik insuran, caruman pun dah makin mahal bagi yg menghampiri usia EMAS
-- RUGI harta (rumah, tanah, kereta) akibat terpaksa dijual sebab duit simpanan & bantuan tidak mencukupi nak tanggung kos rawatan.
-- RUGI kehidupan bila risiko hutang makin bertambah akibat rugi2 yg di atas!

CARUMLAH INSURAN/TAKAFUL JIKA TAK MAHU RUGI!


2) "Sebab COMPANY dah tanggung so saya dah tak perlu la amik sendiri kan?"

Oh syukur company dah cover sedikit sebanyak...tapi pernah anda tahu berapa jumlah dan apa yg ditanggung oleh company anda tu? Adakah tanggungan itu ada limit atau tidak? sebarang pengecualian (jenis penyakit yg di-cover)? kalau anda dah kena sakit adakah masih akan ditanggung seterusnya? dan apa akan jadi kalau anda bertukar ke company lain, dan anda sudah ada rekod sakit pada waktu itu?

Jika anda dapat memberi jawapan yg sepenuhnya memuaskan hati anda sendiri kepada persoalan2 di atas maka saya bersetuju jika anda tidak mahu mengambil perlindungan individu untuk diri & ahli keluarga anda sendiri.


3) "Kalau saya taknak yang part SIMPANAN PELABURAN tu boleh tak? Sebab saya dah ada simpanan sendiri... "

Tahukah anda kenapa adanya simpanan pelaburan dalam pakej insuran takaful? Kerana...anda sebenarnya membayar untuk bahagian pampasan dan kad perubatan @ medical card cuma selama 6 tahun sahaja. Pada tahun ke-7 dan seterusnya bayaran anda sudah dilaburkan (saham takaful terpilih) menjadi simpanan jangka masa panjang sehingga usia 80 tahun. Jadi bertambah2 lah simpanan anda!


PruBSN Takaful 3-in-1
Pampasan + Medical Card + Simpanan Pelaburan

Jom buka hati & fikiran anda tanya saya kalau memang ada sebarang persoalan lagi ya ^_^
Diharap ini amat membantu anda membuat keputusan bijak dalam memperkasa kewangan kehidupan masa hadapan anda & keluarga tersayang. Sekian, wassalam.

Lets B.U.Y Funds!


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Gadai Insuran Takaful atau Gadai HARTA?

Orang Kaya Gadai Harta Bayar Kos Rawatan

Assalamualaikum,

Wow! Tersentap sekejap bila terbaca berita di akhbar mengenai pelumba kereta F1 terhebat dunia Michael Schumacher pun terpaksa menjual rumahnya kerana terdesak untuk menampung kos rawatan akibat kecederaan parah di kepala yang dialami akibat kemalangan sewaktu bermain ski gunung...


Gadai Harta atau Insuran

Sadisnya...kalau ini berlaku kepada anda yang tiada insuran untuk menanggung risiko sebegini...apa yang ada untuk dijual ya...?

Bagi yg sudah ada perlindungan, jangan guna alasan sebab baru beli rumah maka terpaksa stop insuran takaful! jangan! nanti rumah tu pulak yg kena jual bila terdesak seperti kes ini...kira harga & benefits yg sudah ada...bila anda stop, nak ambil semula nanti sudah pasti harga makin mahal tapi benefits berkurang!

 Fikir2kan lah...buat tindakan bijak SEKARANG!

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Mudahnya PruBSN Navigator

Bantuan Segera Anda - PruBSN Navigator

Wah3! sekarang sudah ada kemudahan aplikasi di mobile phone canggih anda sebagai bantuan segera, sejajar dengan perkembangan moden smartphones! aplikasi PruBSN Navigator untuk telefon pintar anda sudah tersedia...

Kemudahan PruBSN Navigator ini memudahkan urusan anda untuk:-
  • mencari klinik/hospital panel PruBSN Takaful terdekat dengan kawasan anda - senarai hospital seluruh Malaysia tersedia
  • senarai pakar2 & doktor2 panel mengikut kategori juga ada untuk semakan anda
  • anda juga boleh navigate ke hospital panel pilihan anda
  • juga boleh membuat carian mengikut harga bilik & rawatan perubatan & jarak ke hospital
  • juga mengandungi maklumat lanjut mengenai hospital2 panel di seluruh Malaysia!
dan bermacam maklumat lagi boleh anda explore sebagai bantuan segera di waktu kecemasan anda...jadi apa lagi kepada TakafuLovers sekalian...download jangan tak download ya >_<

PruBSN Navigator mobile app anda!
PruBSN Navigator - Panel Hospital

Selamat mencuba!

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Medical Card VVIP!

Medical card Terhebat PruBSN Takaful

HealthEnrich Premier - Full Coverage

Room and Board - Entitled for RM1,000/day for Preferred Hospital.
Organ Transplant (Lifetime Limit) - RM200,000.
Hospital Daily Cash Allowance - RM 200
Maternity Complications - RM20,000/year (1st in INSURANCE MARKET!!!!)
Overall Annual Limit - RM200,000
Lifetime Limit - RM4,000,000!!

Pelan Perlindungan VVIP PruBSN Takaful HealthEnrich













Hospital yang dicadangkan :
PRINCE COURT HOSPITAL
GLENEAGLES KL
SUNWAY MEDICAL CENTRE
GMC PENANG
KPJ JOHOR SPECIALIST HOSPITAL

macam best kan...! kalau berminat sila hubungi saya lah siapa lagi :) siapa tak mahu layanan VVIP esklusif di suite hospital, bukan setakat ada suite di hotel saja ya...

Prince Court Suite
Prince Court Suite
p/s medical card ni la yang che ta sekeluarga amik tu...haaa...amacam? cover RM4 juta nih...klu nak yang kecik sikit kita boleh amik yg cover RM1 juta tau... ;-)


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH