Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Terima Kasih ^_^

Kepada anda semua,
Terima Kasih kerana berminat, mghubungi & bertanya untuk mengetahui details tentang produk2 & pakej yang ada bersama Prudential BSN Takaful.

Setiap permintaan anda akan cuba dibalas secepat yang mungkin ya.

Tips Bayar Hutang

Hutang Masalah Besar?


Bila bercakap pasal hutang, secara jujurnya semua orang pasti ada berhutang. Nilainya mungkin berlainan setiap individu namun bagaimanakah kita menguruskan PEMBAYARAN HUTANG kita ini? Adakah sebelum berhutang kita sudah pun membuat kira-kira macam mana nak bayar atau tidak? Ya, kebanyakan kita buat hutang dulu baru fikir bagaimana nak bayar! isshh ishh isshhh...tak patut... ;)

Jadi mari kita sama-sama membantu & kali ini kita kongsi sedikit tip untuk mengatasi masalah pembayaran hutang:-

  1. Kurangkan perbelanjaan - oleh kerana kita sudah TERLEBIH belanja, maka kali ini kita muhasabah dan kita fikirkan masa depan yang masih jauh dan mula kira-kira semula perbelanjaan kita. Yang mana low priority kita kurangkan atau mungkin stop, bayar hutang dulu.
  2. Buat belanjawan - ini langkah paling utama untuk berubah & amat perlu untuk melihat ke mana sebenarnya duit kita. 
  3. Gunakan simpanan / side income - ini juga pilihan yang biasanya kita lakukan, cari wang tambahan mungkin melalui bisnes kecil-kecilan atau online yang dapat menambah pendapatan seterusnya membantu kita membayar hutang.
  4. Jual aset - hutang anda besar & anda mempunyai aset maka jual aset anda dapat membantu mengatasi masalah hutang ini.
  5. Hubungi institusi perbankan anda - satu lagi pilihan bijak untuk membincangkan masalah kewangan anda. Pihak peminjam sebenarnya lebih suka kita berbincang untuk mencari penyelesaian, biar win-win situation. Institusi perbankan anda mungkin dapat membantu dengan menstukturkan semula hutang/pinjaman anda.
  6. Jangan sekali-kali membuat atau mengambil kemudahan pembiayaan baru melainkan bila aliran kewangan anda sudah pulih atau baik & stabil.
Sebagai bantuan tambahan, jom sama-sama kita download Kalkulator Belanjawan ini sebagai panduan ya ^_^ Moga pengurusan kewangan kita semakin baik selepas ini harapnya. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.

HUTANG

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH