Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Siapa Perlukan Takaful?

Assalamualaikum & salam sejahtera >_<

Siapa sebenarnya perlukan Insuran??

Ya, siapa yang kena ambil insuran? Anda tak perlu ke perlu insuran sebenarnya? ke taknak ambil sekarang sebab sihat lagi...nanti2la dah tua sikit dah nak sakit baru ambil...macam tu!??

Masyarakat kita kebanyakannya selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans. Golongan berduit selalu menyangka orang yang takcukup duit yang sepatutnya ambil insurans, kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula berfikiran insurans ini hanyal untuk orang kaya sebab mereka mampu nak bayar premium bulan2.

Tapi kebenarannya, tidak kiralah sebesar mana pendapatan anda setiap bulan, hakikatnya semua orang perlukan insurans dan insurans memainkan peranan berbeza bagi golongan berduit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak Duit$$$$

Anda tentunya memiliki pelbagai punca harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada pelan insurans supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.

Golongan Kurang Duit$$$$

Bagi golongan kurang duit, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malah anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan yang melanda?
Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman insurans.
Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

(Dipetik dari Mingguan Wanita September 2005)


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Takaful & Pahala

BerTakaful dapat Pahala?

Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, peserta Takaful adalah berTabarru' iaitu menyumbang dengan niat sesama membantu ketika salah satu peserta mengalami kesusahan. Dan tabarru' ini mempunyai Nilai Kerohanian yang tinggi, samada kita sedar atau tidak.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah sebagai sebuah biji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, di setiap tangkai seratus buah dan Allah melipatgandakan (ganjaranNya) untuk siapa yang disukaiNya dan Allah luas pemberianNya dan Maha mengetahui”. [Al-Quran 2:261]
Ini bererti Pahala orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah 700 kali ganda atau lebih. Di jalan Allah termasuklah juga usaha-usaha mempertahan dan menyiarkan agama Allah dan juga usaha-usaha pertahankan negeri serta amal kebajikan dalam masyarakat, dengan erti yang luas.

Takaful & Pahala

Jadi, bagaimanakah berTakaful boleh memberi pahala dan manfaat di akhirat?

Sedarkah anda yang nilai Insuran hanya boleh dinikmati waris yang masih hidup sahaja, tetapi dengan Takaful mampu memberi manfaat kepada si mati juga. Umpamanya si mati juga boleh menerima manfaat kekal wang Takaful dengan cara wang pampasan itu digunakan oleh pewaris bagi tujuan seperti berikut:-
  • Menyelesai hutang-piutang
  • Membayar zakat tertunggak
  • membuat upah Haji
  • Membeli harta berguna bagi maksud waqaf
  • Membuat amal jariah lain seperti bersedekah menolong anak yatim, fakir miskin dll
haaa...kan dapat pahala tu! Setiap bulan menyumbang juga dapat pahala sebab niat sumbangan adalah untuk membantu (tabarru') & setelah mati juga masih dapat pahala apabila wasiat yang ditinggalkan itu digunakan sebaik mungkin membantu keluarga yang ditinggalkan. Alhamdulillah anda berTakaful!

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagian hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” [Al-Qur’an 28:77]


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Pengendali Takaful Terbaik ASIA

Assalamualaikum,

PruBSN Takaful Terbaik ASIA!

Syukur Alhamdulillah...yang ditunggu sudah tiba! inilah jawapan tercantik terhebat yang dapat diberikan kepada TakafuLovers dan prospek dan anda di luar sana yang sentiasa curious dan mencari yang paling bagus.

Prudential BSN Takaful Terbaik
Nahhh...jawapan jelas lg nyata dah ada depan mata jadi apa tunggu lagi...tiada lagi persoalan! ambil phone dan terus call saya untuk keterangan lanjut k >_<


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Tabung Pendidikan Pelan Takaful

Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful

Jom kali ni saya sharekan mengenai simpanan pendidikan kepada anak-anak tersayang untuk menjamin masa depan yang gemilang.

Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk anda tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga.

Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. harus diingat, dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita perlu menabung. Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012). Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.

Ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti.

Umumnya, terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya ialah

1) Akaun Simpanan Biasa

2) Akaun Tetap - Ia sejenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Selalunya amaun pelaburan bermula dari RM1,000.

3) Unit Amanah (Unit Trust) - antara alternatif pelaburan kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). pulangannya tertakluk kepada prestasi dana.

4) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) - satu skim simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjanjikan pulangan dividen tahunan.

5) Pelan Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu.

Antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
  • Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
  • Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
  • Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
  • Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan. 
Simpanan Pendidikan dengan Takaful

Merancang Dengan Pelan Yang Bijak

Jika belum ada perancangan, anda boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink . Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.

Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

P/S:
1) Ini adalah panduan / tip yang bersifat umum dan mungkin tidak merangkumi situasi bagi sesetengah individu. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya ya :)
2)  Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Sumber artikel: http://pama.karangkraf.com/bayi/bina-tabung-pendidikan-menerusi-pelan-takaful-1.109918

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

3 Prinsip Takaful

Takaful & prinsip

Tahukah anda Takaful merupakan bahagian aspek terpenting dalam perancangan kewangan Islam, dan sumbangan dalam berTakaful ini mempunyai kepentingan dan juga keuntungan untuk dunia dan juga untuk akhirat! Bagaimana tu?

Secara keseluruhannya, Takaful tertegak di atas 3 prinsip utama iaitu:-
  1. Saling Bertanggungjawab
  2. Saling bekerjasama & saling membantu
  3. Saling melindungi dari pelbagai kesusahan
Jadi bagaimana kita applikasikan Takaful dengan 3 prinsip itu?
Adakah prinsip-prinsip itu bertepatan dengan cara Islam dalam berniaga secara halal?
Prinsip ini berlandaskan hukum Syarak?
Dengan berTakaful ni boleh dapat pahala?

Mari saya cuba kongsikan dengan anda...

Takaful adalah Sumbangan = Tabarru'

 

Konsep Tolong Menolong (Ta’awun) - 
yang ramai senang, membantu yang sedikit ditimpa susah
  1. Saling Bertanggungjawab - antara peserta (yang menyumbang) & pengendali Takaful iaitu PruBSN Takaful (menguruskan sumbangan/dana)
  2. Saling bekerjasama & saling membantu - para peserta saling bertabarru' (menyumbang) dan sumbangan ini dikumpul (dalam dana Takaful)
  3. Saling melindungi dari pelbagai kesusahan - peserta menyumbang dengan niat bersama & bersetuju membantu satu sama lain apabila salah seorang penyumbang dalam kesusahan
“Di bawah sistem Insurans Islam, caruman oleh setiap peserta hendaklah sebahagian daripadanya dibuat atas niat tabarru’ – bukan untuk jual beli, kerana dengan wujudnya tabarru’ itu, Syarak membenarkan dan dianggap sah.” Laporan Badan Petugas Khas.

Takaful & Pahala

Jadi, bagaimanakah berTakaful boleh memberi pahala dan manfaat di akhirat? Jom klik sini untuk post saya yang lepas mengenai Takaful & Pahala

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagian hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” [Al-Qur’an 28:77]


Zulaikha (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Cerita Pelanggan Prudential


Assalamualaikum,

Ada sahabat sharekan artikel di atas...bila saya baca teringat kisah sepasang suami isteri yang rasanya sangat elok saya kongsikan bersama...ringkasan kisahnya:-

Kerana memikirkan kewangan keluarga yang terhad si isteri menentang keputusan suami untuk mengambil polisi takaful. Namun si suami yang berfikiran jauh tetap mengambil keputusan bertakaful tanpa pengetahuan si isteri...

Beberapa bulan kemudian, betapa malang tidak berbau, si suami terlibat dalam kemalangan dan yang paling sedih, dia meninggal dunia.. Maka bersedihlah isteri dan keluarga dan kini terpaksa mengambil alih juga tugas sebagai 'ayah' kepada anak-anak tersayang. Perbelanjaan sekolah, keperluan harian, sewa rumah semuanya menjadi tanggungjawab. Buntu apabila memikirkan bagaimana hendak menghadapi semua ini seorang diri.

Kemudian tanpa disangka, datang berita daripada adik arwah suami bahawa arwah ada mengambil pelan takaful. Alangkah terkejutnya si isteri. Setelah berurusan dengan pihak takaful, si isteri menitiskan air mata apabila mendapat cek bernilai RM100 ribu sebagai pampasan atas kematian suaminya.

Sejak itu timbullah kesedaran tentang kepentingan mengambil takaful. Si isteri belajar kesilapannya dahulu dan dengan duit pampasan yg ada, digunakan sedikit untuk mengambil pelan takaful utk dirinya. Katanya "kalaulah aku tiada nanti, diharap dgn pelan ini adalah sedikit peninggalan utk mereka..."

Pengajaran buat isteri: Jangan larang suami ambil pelan takaful, jika mereka tiada, itulah peninggalan buat anda.
Pengajaran buat suami: Jadilah suami & ayah yang bertanggungjawab. Fikirkan tentang nasib isteri dan anak2 apabila kita tiada nanti.

Begitulah sedikit sebanyak kesimpulannya. Fikir-fikirkanlah...biarlah bijak membahagikan rezeki yang kita dapat mengikut priority, terutama untuk kepentingan masa hadapan, masa kecemasan... :)


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Jenama Dipercayai

Trusted Brand dari Reader's Digest


Kita sentiasa mencari segala apa yang dipercayai...yang famous...yang terbaik...

Dan Prudential ada semua ini... :) Jadi apa tunggu lagi, jom bersama Prudential, jom side income dengan Prudential. Call saya jika berminat bersama menjadi usahawan muda & berjaya dalam bidang insuran & takaful ini.


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

General Insurance Info

Assalamualaikum semua ^_^

www.insuranceinfo.com.my

Harini saya nak kongsi pula pasal satu website yang amat bermaklumat mengenai insuran & Takaful & macam-macam lagi yang berkaitan dengannya. Di online portal ini menyediakan apa saja yang berkaitan dengan panduan & maklumat insuran/Takaful segalanya diterangkan secara jelas dalam website ni...

www.insuranceinfo.com.my

 Antara maklumat  berguna sebagai panduan & nasihat kepada anda yang ingin tahu lebih mengenai insuran adalah:-
Tambahan lagi, jika anda pergi ke mana-mana ofis insuran/Takaful juga anda akan mudah untuk dapatkan buku-buku info mini pasal pelbagai jenis insuran yang wujud di negara kita ini. So, apa lagi boleh klik di tajuk besar di atas ya untuk menambah pengetahuan insuran/Takaful anda :)

P/S ppsstt...tips nak jadi agen pun ada...nak jadi agen juga tak? boleh call saya untuk bertanya tau!


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

36 Penyakit Kritikal

Senarai 36 Penyakit Kritikal (Critical Illnesses)

Kali ini mari sama-sama saya sharekan list 36 jenis penyakit kritikal, beserta sedikit penerangan agar dapat difahami, yang dilindungi dengan polisi insuran / Takaful anda.
  1. AIDS - terbahagi kepada 2 iaitu AIDS akibat pemindahan darah & full blown AIDS
  2. ANEMIA APLASTIK -
    Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan berikut :-
    i. Transfusi produk darah secara berkala.
    ii. Agen perangsang sum-sum.
    iii. Agen imunosupresif.
    iv. Pemindahan sum-sum tulang.
  3. SINDROM APALIK - Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak.
  4. PENYAKIT ALZHEIMER - Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
  5. TUMOR OTAK BENIGNA - Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria.
  6. BUTA - Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih.
  7. PEMBEDAHAN OTAK - Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
  8. SERANGAN PENYAKIT JANTUNG - Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah
  9. PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN - pembedahan pintasan koronari arteri melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur keyhole atau laser.
  10. STROK - suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari 6 bulan, contoh seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak.
  11. KANSER - ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan diperlukan. Berikut adalah terkecuali :- i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
    ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
    iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
    iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
    v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
    vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
  12. KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG) - apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
  13. PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA - Hilang keupayaan kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh penyakit itu.
  14. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA -
    Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
    i. Buah Pinggang
    ii. Paru-paru
    iii. Hati
    iv. Jantung
    v. Sum-sum tulang
  15. SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG - Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara
  16. HEPATITIS VIRUS FULMINAN - nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
  17. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA - pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3
  18. KOMA - Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari.
  19. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG - Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
  20. PEMBEDAHAN AORTA - Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta.
  21. HILANG PENDENGARAN / PEKAK - Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan.
  22. HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU) - Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama 12 bulan.
  23. KEBAKARAN PARAH - Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi.
  24. PENYAKIT MEMBAWA MAUT - menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa 12 bulan.
  25. PENYAKIT MOTOR NEURON - kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
  26. PENYAKIT PARKINSON - Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
  27. PENYAKIT HATI YANG KRONIK -
    Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
    - Penyakit kuning kekal
    - Askit
    - Ensefalopati
    - Hipotensi portal.
  28. PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK - Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
  29. DISTROFI OTOT
  30. POLIOMIELITIS - jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan.
  31. MENINGITIS BAKTERIA - bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima 30 hari
  32. ENSEFALITIS - inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima 30 hari
  33. LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS - Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari.
  34. TRAUMA KEPALA UTAMA - Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan.
  35. KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI - Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
  36. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Lupus Nepritis
MEMO: Segala yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk bahagian senarai penyakit kritikal di dlm polisi anda.


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kasihaannn...Boleh Tolong?

 Assalamualaikum,



Cuba kita baca & hayati petikan2 akhbar di atas..
Kasihan tak? Kita boleh tolong tak? bolehhh...tapi tak banyak la jugak kan...
Inilah jadinya bila tiada future planning... Kita tak tolong diri kita sendiri, sekarang siapa yang susah.. kita sendiri juga yang risau & tertekan mana nak cari duit kan? Betul tak?
Kasihan sungguh, bila terantuk baru terngadah, baru sedar...
Kalaulah suami, isteri & anak2 dilindungi insuran tak perlu keluar akhbar minta tolong..

Rasulullah SAW pernah berkata apabila ditanya seorang arab badawi adakah boleh dilepaskan saja unta tanpa ikatan? Maka jawab Nabi kita...
"ikatlah dulu unta mu, kemudian baru berserah..."

Nyata kita harus mencuba & berusaha sehabis mampu, kemudian baru berserah! Pilihan sudah ada tersedia depan mata, cuma kita, nak ikat or nak berserah?
Jadi apa tunggu lagi.. Jom kita ambil insuran sebagai persediaan...sebagai payung sebelum hujan atau panas terik! renung-renungkanlah & jom berTakaful :)
 


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Konsep Takaful

Definisi Takaful


Konsep takaful secara amnya adalah sumbangan atau caruman sejumlah wang ke dalam sebuah dana takaful dalam bentuk sumbangan penyertaan (tabarru’). Anda dikehendaki untuk memeterai kontrak (aqad) yang menjadikan anda salah seorang peserta dan bersetuju untuk membantu antara satu sama lain sekiranya mana-mana peserta mengalami sebarang musibah, sama ada kematian, hilang upaya kekal, kerugian, kerosakan atau lain-lain musibah yang dilindungi di bawah pelan takaful anda.

Pelan perlindungan takaful adalah berdasarkan prinsip Syariah yang menawarkan pelbagai ciri unik kepada pemegang polisi. Secara amnya, pelan perlindungan terbahagi kepada dua jenis, iaitu takaful keluarga dan takaful am.

Pelan PruBSN Takaful

Bersama PruBSN Takaful, antara pelan yang disediakan seperti di bawah:-
  1. Takaful Keluarga - Pelan Perubatan & Kesihatan, Pelan Berkaitan Pelaburan, Pelan Pendidikan & Pelan Persaraan, PruBSN Ummah, PruBSN Penyakit Kritikal, PruBSn Employee Benefit
  2. Takaful Am - PruBSN Takaful Rumahku & PruBSN Perlindungan
  3. Rider - Takaful Puteri, Takaful Saver, Vital Care, Baby Care, Crisis Shield, Accidental Death & Disablement, Medical Cover, Weekly Indemnity dll
Untuk keterangan lamjut boleh hunungi saya atau memndapatkan maklumat lengkap di PruBSN Caring For You. TQ.

ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Takaful vs Insuran

Perbezaan Takaful & Insuran

Beza antara Insuran dengan Takaful
  

Takaful Menyucikan


Takaful sebagai filter membuang Gharar, Maisir & Riba


Walaupun insurans & takaful mengunakan Konsep Tolong Menolong, perbezaan terletak pada jenis kontrak yang digunakan.
  • Insurans guna kontrak “jual / beli” tetapi
  • Takaful guna kontrak tabarru’


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

PruBSN Kuasai Pasaran Takaful

Salam,

Jom bersama menjana pendapatan dengan Prudential BSN Takaful yang semakin agresif menakluki pasaran takaful di negara kita :)



ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Saya & Takaful Bermula

 Assalamualaikum,

Bagaimana saya bermula...

Saya bekerja sebagai engineer bermula tahun 2006 di sebuah syarikat non-bumi terletak di Sri Petaling. Saya akhiri career engineer saya di sebuah syarikat bumiputra di Damansara Perdana. My last project was one big project with Petronas in KLCC in year 2012.

Pada waktu itu, saya sudah kira sebagai senior engineer, namun bidang yang saya ceburi ini dikuasai oleh kaum adam sedikit sebanyak menyebabkan tekanan & membawa kebosanan dalam kerja seharian.

Minat sangat business!

Sejak sekolah rendah sehingga ke Universiti, sudah pasti ada sahaja small business yang saya jalankan. Minat sangat jual2 ni. Membawa kepuasan! yang penting saya gembira berbisnes. Jadi, setelah bergelar isteri, suami sebagai sahabat sentiasa menyokong aktiviti saya. Dan apabila saya katakan mahu berbisnes & sudah bosan bekerja sebagai engineer...dia memilih dari senarai bisnes yang saya list-kan ---> insuran!

Insuran Takaful dipilih

Jadi terus setelah perbincangan serius dibuat bersama suami atas segala pro & cons, saya sebagai agen takaful dipersetujui & diredai suami. So, saya memulakan langkah pertama dengan mengikuti kelas di Al-Isra Jaya 33 bermula April 2012.

Setelah 2 bulan menimba ilmu & mengenali bidang takaful bersama Prudential ini, dan setelah lulus cemerlang 3 exams untuk mendapatkan licences, maka pada Jun 2012 saya dengan rasminya contracted sebagai Takaful agen di bawah Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB). Syukur Alhamdulillah...bermulalah bisnes saya ini...

Agen Sepenuh Masa

Setelah lebih kurang 4 bulan lebih sebagai agen separuh masa, di samping kerja sebagai engineer itu, maka surat letak jawatan dihantar pada 15 Oct 2012 kepada syarikat. just 1 month notice. Maka hijrah saya sepenuhnya bermula pada tanggal 15 Nov 2012 bersamaan 1 Muharram 1434H...saya agen Full Time! ketika itu komisen saya baru RM450! satu tindakan yang amat berani bak kata keluarga dan kawan2 rapat...

Pelbagai kritikan dan pertanyaan dari keluarga dan sahabat handai bertanya, kenapa sanggup tinggalkan pekerjaan bagus sebagai jurutera...saya terima dengan hati yang terbuka dan bersedia...walaupun abah dan mama paling risau ketika itu, kerana mereka tidak yakin dengan bidang insuran ini dapat memberi sebaik pendapatan seperti seorg engineer! namun saya gagahi juga sehingga berjaya meyakinkan kedua abah & mama akhirnya bila setelah setahun, mereka melihat kenaikan pendapatan saya, dan mereka juga merestui. Terima kasih abah dan mama tersayang.

Begitulah serba sedikit sharing kali ini... :)

ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Cerita Saya & Insuran

Assalamualaikum pembuka kalam,

Mengapa saya & insuran

Bermula tahun 2001 semasa mula belajar di Multimedia Universiti (MMU), Melaka. Sebagai seorang student engineering yang sentiasa aktif & mahu beraktiviti. Maklumlah remaja berjiwa muda yang mahu meng-explore sebanyak mana & sejauh mungkin peluang, terutama dalam extreme outdoor aktiviti & martial arts.

Jadi, sebagai anak sulung dalam keluarga, menjadi tanggungjawab saya untuk tidak banyak menyusahkan abah & mama, berprinsip diri mahu berdikari & independent, dan mahu menikmati zaman belajar & beraktiviti sehabis baik, maka saya cuba mencari satu jalan untuk mengatasi bila berlaku kecemasan atau emergency. Maklumlah...bidang extreme outdoor ni memang aktiviti yang berisiko tinggi & penuh bahaya juga cabaran.

Saya sememangnya tidak mahu mendatangkan masalah kepada keluarga dalam menikmati keseronokan ber-jungle tracking atau mendaki gunung atau water rafting atau rock climbing dll lagi! bahaya tapi amat mendatangkan kepuasan kepada penggemar seperti saya. Fikir punya fikir punya fikir...akhirnya saya decided mengambil pelan perlindungan aka insuran.

Kenapa saya pilih insuran?

 sebab pada waktu itu yang saya fikir...
1) kalau saya tercedera dalam beraktiviti, saya tak perlu risau sebab ada protection
2) kalau masuk hospital sebab cedera atau accident, tak perlu fikir mintak duit dgn abah mama, insuran dah cover
3) kalaulah di takdirkan sewaktu ber-outdoor ni saya sampai ajal, at least saya ada tinggalkan wang yang besar untuk keluarga saya...iaitu pampasan life insuran tersebut.

Accident!

Jadi, sepanjang saya dilindungi insuran ini dari tahun 2001 sehingga 2005, Alhamdulillah tiada aral yang berlaku, cuma, di tahun pertama saya di MMU, pulang dari sesi martial art, pada waktu itu saya joined silat gayung & taek won do, dengan uniform warna hitam, dengan berbasikal Lerun di waktu malam, saya terlibat dengan accident di lorong otw ke rumah sewa.

Kejadian itu menyebabkan saya dikejarkan ke Hospital KL dan.....yang saya ingat & ambil kira cuma...kos berada di wad selama 15 hari kerana pendarahan dalam kepala berjumlah RM6 ribu++ itu semua ditanggung INSURAN! abah, mama, dan keluarga cuma keluarkan wang untuk datang melawat dari Kelantan ke KL sahaja. Dan syukur Alhamdulillah kecederaan saya tidak teruk, darah cepat beku, tiada pembedahan diperlukan, semunya baik2 syukur...

BIAR DUIT BUAT DUIT!

Jadi, kesimpulannya, jika kita fikirkan DUIT atau WANG, dalam setiap perkara kita sentiasa perlu ada duit/wang, apetah lagi kalau nak yang express & cepat & segera, tak perlu tunggu2 tak perlu beratur2. So, biarlah wang buat wang! tak gitu? anda nampak tak maksud saya?

Selama 5 tahun (2001 hingga 2005) itu, saya cuma habiskan tak sampai RM3 ribu untuk membayar insuran saya yang melindungi saya umpama Bodyguard tu...tapi dalam 5 tahun itu juga insuran itu telah membayarkan untuk saya (kos akibat eksiden 2001) sebanyak RM6 ribu++...ini belum dikira kos2 perubatan pergi klinik bila tak sihat...nampak tak maksud saya duit buat duit ni!? bayar sikit tapi pulangan berganda!

Kesimpulannya pada saya...INSURAN ITU FREE! malah dapat extra pampasan lagi...bagi yang berkira seperti saya, ini sememangnya diperlukan oleh setiap masyarakat, agar tak perlu nak habiskan duit simpanan sendiri yang disimpan bertahun2 bila kecemasan berlaku! Fikir-fikir & kira-kirakan lah. Moga dapat membuat pilihan BIJAK seperti saya >_<

ZULAIKHA
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

sambungan part 2