Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 2

Kejayaan Kewangan Waktu Sukar

Assalamualaikum,

Kali ini kita sambung tips & nasihat dalam pendidikan kewangan dari post Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 1 yg lalu.

Dari bacaan buku Unfair Advantage - The Power of Financial Education yg penuh idea baru & kemahiran hidup sebenar ilmu kewangan, berikut saya cuba rumuskan nasihat2 utama yg cuba disampaikan oleh Robert Kiyosaki kepada kita semua, terutama dalam usaha menaik-pulih golongan marhain dan miskin ke tahap kehidupan yg lebih baik.

Masih ingat ciri2 mereka yg ada dan tiada pendidikan kewangan?

Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!

Robert dan isterinya Kim berkongsi pengalaman dan menekankan 5 faktor utama berjaya iaitu:-
1) ILMU PENGETAHUAN
2) CUKAI 
3) HUTANG
4) RISIKO
5) PULANGAN / GANJARAN

Ilmu  Pengetahuan - Pendidikan Kewangan

Robert dam Kim sememangnya menekankan pendidikan kewangan sebenar yg paling penting. Bukan seperti yg biasa diajar agar kita menyerahkan wang kpd org kaya dan kerajaan yg menjadi faktor utama berjuta org mengalami kehancuran kewangan!

Jadi, mari kita contohi mereka yg berjaya ini - terdapat 4 kelas aset utama iaitu:-
  1. Bisnes/perniagaan
  2. Hartanah
  3. Aset kertas 
  4. Komoditi
Kita perlu pelbagaikan pelaburan dalam kesemua 4 kelas aset utama ini. Seperti keberanian yg dilakukan oleh Kim isteri Robert ialah bermula dgn membeli 21 unit hartanah sewa dalam masa cuma 18 bulan! Target dan budget permulaan awal matlamat asal mereka ialah memiliki semua ini dlm masa 10 tahun!

Namun, yg mempercepatkan mereka mencapai matlamat ialah objektif utama yg mahu bebas kewangan dgn mempunyai aliran tunai yg dijana dr aset melebihi perbelanjaan sara hidup mereka!

Makna sebenar kebebasan kewangan bg Robert dan Kim ialah bukan dgn simpanan berjuta dolar dlm akaun bank, tetapi ialah dgn mempunyai aliran tunai masuk dijana setiap bulan samada mereka bekerja atau tidak, dari pelaburan aset mereka.

Dan pendapatan ini sudah melebihi perbelanjaan kehidupan bulanan mereka - dari seawal berkahwin 1989 sehingga 1994, pendapatan bersih pelaburan aset mereka ialah USD10000 sebulan dan jumlah sara hidup mereka waktu itu USD3000 setiap bulan. Ini sudah bebas kewangan!

Kesimpulan Pendidikan Kewangan

Jika kita tidak berpendidikan kewangan yg sebenar, kita tdk dpt bezakan yg mana aset yg mana liabiliti, yg mana keuntungan modal atau aliran tunai, apa pelaburan asas apa pelaburan teknikal, kenapa berhutang boleh jadikan org kaya atau makin miskin...dan mengapa org kaya membayar cukai sedikit!? Apetah lg membezakan yg mana pelaburan & nasihat yg bagus atau yg teruk!

Tanpa pendidikan kewangan sebenar ini, apa yg kita tahu cuma mengikut saja spt yg dilatih pergi sekolah, bekerja keras, hidup sederhana, bayar cukai, beli rumah, jauhi hutang dan teruskan hidup...

Kewangan & Robert Kiyosaki

Jadi, nantikan next post dari saya, Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 3 untuk belajar seterusnya kuasa ilmu kewangan yg tidak diajar di sekolah! Siri 3 akan fokus kepada topik pengurusan CUKAI dan HUTANG.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Cerita Hot Kad Kredit & Insuran

Assalamualaikum,

Jom kali ni kita kongsi satu kes rujukan mengenai mengambil insuran melalui panggilan telefon atau telemarketing...yg secara tidak langsung sebenarnya lebih buruk berbanding baiknya. Apatah lagi pembayaran dibuat melalui kad kredit! double lah keburukannya!

Jom baca kisahnya di Blog MazidulAkmal 


Membeli insurans / takaful melalui telefon menggunakan kad kredit... ramai rasanya yang dah terkena macam kisah ni... anda bacalah sendiri cerita sebenar dari bekas telemarketer tersebut... 
Kerja-kerja telemarketer yang macam inilah yang buat lebih ramai orang akan marah dan tak suka dengan insurans dan takaful... sebab apa?... bila nak claim susah... memanglah susah... sapa yang nak uruskan... nak hubungi telemarketer tu balik dah macam mana nombor pun takde... mereka ini cuma kerja makan gaji dan bukan ejen bertauliah!

Nasihat saya, jika nak beli insurans melalui telefon, ajak orang yang call tu jumpa terus dan minta dia explain depan-depan. Bila dah dapat polisi call syarikat insurans sama ada polisi tu betul atau tidak... dan minta dia tunjuk kad tauliah dia...atau kalau nak lagi confident call syarikat insurans tersebut dan tanya adakah ejen yang anda sedang berurusan tu adakah ejen bertauliah atau tidak.

Yang kedua... kalaulah ada mana-mana telemarketer yang baca artikel saya ni... yang bekerja macam dalam kisah tu... apa kata anda dapatkan lesen insurans... dan jual sendiri... untung sendiri... kaya sendiri... KELAYAKAN dan KEUPAYAAN dah ada... gunalah untuk diri sendiri... jangan biar orang lain menggunakan KELEBIHAN anda...

Atau anda boleh terus hubungi saya! #Ikha0193306849 =)

Credited to blog Mazidul Akmal.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kerja Anda HEPI?

Gembira Bekerja

Assalamualaikum,

Persoalan ini mungkin dapat terus memberi jawapan kepada diri anda sendiri apa jawapannya. Jika senyum ceria maknanya anda suka kerja anda, dan sebaliknya jika response anda menunjukkan mimik muka bosan atau tidak menarik - maksudnya begitulah juga kerja anda!

Jadi jom kali ini saya kongsikan tips yg saya belajar dari NLP dalam membuat anda gembira bekerja iaitu “HEPI” :-

H – Hargai
Hargailah apa yang kita miliki sehingga waktu ini. Kesihatan. Kebahagiaan keluarga. Kemewahan. Anak dan isteri. Rakan-rakan yang memahami. Semua ini perlu kita hargai, termasuk juga diri sendiri! Apabila kita menghargai maka diri kita juga akan dihargai.

E – Empaty
Ia membawa erti kita cuba memahami orang lain yang di sekeliling kita. Berfikir dalam kotak pemikiran orang lain. Bila kita fahami orang lain, kita akan tahu bagaimana untuk ‘react’ terhadapnya. Dan bila kita memahami maka org lain juga akan cuba utk memahami diri kita juga :)

P – Pilihan
Hidup ini dipenuhi dgn pelbagai pilihan dan  membuat pilihan adalah seni. Pilihlah perasaan yang baik dan positif ketika memulakan hari dalam kehidupan seharian kita. Kawal minda dengan baik, sertakan dengan senyuman, dan yakinkan diri dapat buat yg terbaik maka in sya Allah yg terbaik akan anda dapat. What you think is what you'll get!

I – Ikhlas
Ikhlas membawa erti selesai dengan tenang dan senang hati. Hindarkan diri dari perasaan yang negatif dan sifat-sifat yang kurang baik. Allah akan pandu kehidupan kita setelah kita buangkan segala perkara negatif tersebut. Ikhlas bekerja, ikhlas bersedekah, ikhlas dalam segala hal dan anda pasti mendapat yg terbaik juga, what you give is what you'll get back, perhaps double!


Jadi, Pasti kan anda amalkan HEPI ini ya. Sekian dahulu perkongsian, moga ini dapat membantu memotivasikan diri anda ke arah yg lebih baik, dan wassalam ^_^

#ilovemyjob
#ejentegartakaful
#prubsn

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Rugi Medical Card, ATM @ Credit Card?

Kad mana Paling Menguntungkan?

Ramai orang ada debit kad dan kredit kad (aka kad hutang!).
Namun masih ramai yang tidak ada awareness untuk memiliki medical card.

Bila ada medical card, duit saving kita tidak perlu dihabiskan utk biaya perubatan dan rawatan yg mahal.

ATM vs Kad Kredit vs Kad Perubatan



Segera hubungi saya ASAP sebelum habis simpanan dan harta anda tergadai bila anda ditimpa musibah!

#ikha0193306849
#ejentegarTakafulanda

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 1

Pendidikan Kewangan Penting!

Assalamualaikum,

Topik panas yg masih diperkatakan dan semakin mendapat perhatian masa kini ialah mengenai KEWANGAN! Dari sebesar kewangan negara hinggalah pentingnya kewangan keluarga dan diri sendiri...jangan perkecilkan part ini ya.

Anda sudah tentu, terutama bagi yg berminat belajar dan memperkayakan kemahiran tentang pengurusan kewangan, pastinya kenal Robert Kiyosaki. Penulis kegemaran saya, yg gemar berkongsi mengenai kejayaan kewangan berdasarkan real life, dunia sebenar & pengalaman hidup sendiri, dan terkenal dengan buku No 1 nya Rich Dad Poor Dad.

Tapi kali ini, jom saya kongsi nasihat penting yg diambil dari salah satu buku Robert juga, yg bertajuk Unfair Advantage - buku yg menekankan kejayaan kewangan ketika berdepan waktu sukar, spt waktu kemerosotan ekonomi, dan pendidikan kewangan dalam pelaburan. Tips dari buku ini memberi idea baru & cara baru melihat WANG. Jadi, apa yg saya harap anda dapat lakukan ialah membuka minda terima idea baru, serius ilmu kewangan & ambil tindakan!

Menurut Robert, adalah lebih penting mengajar orang menangkap ikan berbanding memberi orang itu ikan! Sama seperti kisah monyet yg tidak mahu melepaskan umpan makanan dlm genggamannya walaupun sehingga ditangkap oleh orang asli yg memasang perangkap itu!

Manusia ibarat kisah monyet, kerana suka berpaut pada jaminan pekerjaan, milik & wang. Kerana tiada ilmu kewangan, kebanyakan orang sama dgn monyet yg terjerat itu - habiskan sepanjang masa sbg hamba gaji kpd majikan & hamba cukai kpd kerajaan. Bila krisis ekonomi berlaku, ramai yg tidak tahu apa yg sepatutnya dilakukan.

Org yg tiada pendidikan kewangan - risiko meningkat, cukai meningkat dan pulangan menurun.
Org yg berpendidikan kewangan - risiko menurun, cukai menurun dan pulangan meningkat!

Dgn ada ilmu kewangan, kita boleh membuat wang mengalir masuk dalam poket kita, bukannya mengalir keluar, tidak kira waktu ekonomi baik atau buruk.

WHEN YOU ARE YOUNG,
WORK TO LEARN,
NOT TO EARN - Robert Kiyosaki

Setakat ini dahulu pengenalan untuk topik ini, nantikan Kewangan & Robert Kiyosaki - Siri 2 yg akan saya post tidak lama lagi... ^_^

p/s melabur dalam Takaful adalah satu pelaburan yg terbaik :- menepati ciri2 Org yg berpendidikan kewangan menurut Robert
- dapat tolak cukai Rm6000 (life + KWSP) + RM3000 (perubatan + pendidikan)-cukai menurun
- dapat pindahkan risiko-risiko menurun
- dapat selamatkan duit simpanan (kecemasan utk risiko2 yg lain)-risiko menurun & pulangan meningkat 
- ada pampasan, simpanan, cash value & pelaburan utk masa hadapan-pulangan meningkat 

#ikha0193306849
#ejentegarTakaful

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Anda Diam2 Kaya @ Mewah2 Miskin?

Assalamualaikum,

Kali ini mari kita berbicara pasal kewangan & gaya kehidupan aka lifestyle.

Dalam workshop investment/pelaburan yang pernah saya sertai memberi kesimpulan bahawa...
INFLASI berlaku adalah disebabkan LIFESTYLE!

Agak2 anda boleh fikir2 atau kira2 tak bagaimana gaya kehidupan ini akhirnya mempengaruhi tahap/kadar inflasi negara kita? Ok, saya akan kongsikan tajuk ini nanti kemudian ya.

Di sini saya nak share tweets dari Tun M kita mengenai kewangan...


Apa komen anda?
Yg mana satu agaknya tabiat kewangan kita?

Adakah asal dapat duit terus guna sampai habis?
Biar papa asal bergaya?
Atau
Dapat gaji, tolak simpanan dahulu, kemudian baki buat belanja?
Atau
Dapat gaji, tolak semua hutang dan belanja, ada baki baru simpan...kuang3...



Jadi, adalah tugas saya juga sebagai berkongi nasihat kewangan, walaupun yg diutamakan adalah bahagian insuran takaful dan pelaburan, untuk berkongsi tips, dan diharap secara langsung atau tidak, kita sama2 membantu memberi kesedaran mengenai pentingnya kita merancang kewangan kita setiap masa. Ini sudah tentunya untuk kesenangan diri anda semua juga...

GAGAL MERANCANG adalah MERANCANG KEGAGALAN!

Moga bertemu lagi di post Tips Kewangan yg akan datang...wassalam.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
#RealLifeRakanTakaful

Untung Income Tax Dengan Insuran

Assalamualaikum,
Salam Jumaat
Moga hari penuh barakah ini membantu memudahkan urusan kita semua

Anda dah selesai hal2 income tax anda?
Bg penyumbang Takaful jgn lupa isikan part insuran tu ya
RM6000 had utk life insurance + KWSP...
RM3000 had utk insuran pendidikan & perubatan (medical card)...

Sila rujuk e-filing di bawah:-

F16 adalah untuk insuran takaful nyawa aka life dan KWSP anda,
F18 pula utk insuran takaful pendidikan & perubatan (medical card) k

So siapa yg masih belum gunakan sepenuhnya kelebihan ini...
Can contact me ‪#‎Ikha0193306849‬ for details
Bagaimana pula dgn had RM500 utk medical checkup? Haaa...contact me!




nak belajar lebih lagi pasal eFiling ni boleh klik & baca
15 Tax Deductions You Should Know


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Apa Khabar GST?

Assalamualaikum,

Anda semua apa khabar...? ^_^

Kini waktu yg dinanti sudah tiba, April 2015 maka bermula lagi satu cabaran buat kita iaitu perlaksanaan GST Goods & Services Tax, dalam bahasa kita ialah CBP Cukai Barangan & Perkhidmatan, juga dikenali sebagai VAT Value Added Tax di sesetengah negara lain yg sudah lama mengaplikasikannya.

Untuk tahu latarbelakang GST ni lagi details boleh klik Apa GST @ CBP?

GST Malaysia 6%

Ada yang bertanya saya, apa pendapat tentang GST ni? saya menjawab...just wait & see :)

Pada saya, kita tak perlu cepat melatah dan terlalu mendengar dan percaya kepada suara2 terutama yg negatif, tentang akibat GST ini sebelum ianya dilaksanakan.

Ok, sekarang ianya telah bermula, kita berikan sedikit masa dan perhatikan apakah hasil2 positif atau negatif daripadanya. Kita lihat apakah reaksi dari perlaksanaan GST ini dari sudut kita sebagai pengguna dan juga tindakan dari pihak berwajib yg berkaitan dalam menangani segala permasalahan dan komen2 dari kita setelah diguna pakai GST ini.

So, kita tunggu & lihat...diharap moga lebih banyak yg positif dari yg negatif secara keseluruhannya. Kita sambung lagi nanti mungkin dengan topik GST yg menarik selepas ini ya...


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH