Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

3 Prinsip Takaful

Takaful & prinsip

Tahukah anda Takaful merupakan bahagian aspek terpenting dalam perancangan kewangan Islam, dan sumbangan dalam berTakaful ini mempunyai kepentingan dan juga keuntungan untuk dunia dan juga untuk akhirat! Bagaimana tu?

Secara keseluruhannya, Takaful tertegak di atas 3 prinsip utama iaitu:-
  1. Saling Bertanggungjawab
  2. Saling bekerjasama & saling membantu
  3. Saling melindungi dari pelbagai kesusahan
Jadi bagaimana kita applikasikan Takaful dengan 3 prinsip itu?
Adakah prinsip-prinsip itu bertepatan dengan cara Islam dalam berniaga secara halal?
Prinsip ini berlandaskan hukum Syarak?
Dengan berTakaful ni boleh dapat pahala?

Mari saya cuba kongsikan dengan anda...

Takaful adalah Sumbangan = Tabarru'

 

Konsep Tolong Menolong (Ta’awun) - 
yang ramai senang, membantu yang sedikit ditimpa susah
  1. Saling Bertanggungjawab - antara peserta (yang menyumbang) & pengendali Takaful iaitu PruBSN Takaful (menguruskan sumbangan/dana)
  2. Saling bekerjasama & saling membantu - para peserta saling bertabarru' (menyumbang) dan sumbangan ini dikumpul (dalam dana Takaful)
  3. Saling melindungi dari pelbagai kesusahan - peserta menyumbang dengan niat bersama & bersetuju membantu satu sama lain apabila salah seorang penyumbang dalam kesusahan
“Di bawah sistem Insurans Islam, caruman oleh setiap peserta hendaklah sebahagian daripadanya dibuat atas niat tabarru’ – bukan untuk jual beli, kerana dengan wujudnya tabarru’ itu, Syarak membenarkan dan dianggap sah.” Laporan Badan Petugas Khas.

Takaful & Pahala

Jadi, bagaimanakah berTakaful boleh memberi pahala dan manfaat di akhirat? Jom klik sini untuk post saya yang lepas mengenai Takaful & Pahala

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagian hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” [Al-Qur’an 28:77]


Zulaikha (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: