Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Siapa Perlukan Takaful?

Assalamualaikum & salam sejahtera >_<

Siapa sebenarnya perlukan Insuran??

Ya, siapa yang kena ambil insuran? Anda tak perlu ke perlu insuran sebenarnya? ke taknak ambil sekarang sebab sihat lagi...nanti2la dah tua sikit dah nak sakit baru ambil...macam tu!??

Masyarakat kita kebanyakannya selalu menganggap diri mereka terdiri dari golongan yang tidak perlukan insurans. Golongan berduit selalu menyangka orang yang takcukup duit yang sepatutnya ambil insurans, kerana mereka tak mampu bayar bil perubatan dan sebagainya. Golongan yang kurang duit pula berfikiran insurans ini hanyal untuk orang kaya sebab mereka mampu nak bayar premium bulan2.

Tapi kebenarannya, tidak kiralah sebesar mana pendapatan anda setiap bulan, hakikatnya semua orang perlukan insurans dan insurans memainkan peranan berbeza bagi golongan berduit dan golongan kurang duit.

Golongan Banyak Duit$$$$

Anda tentunya memiliki pelbagai punca harta dan wang simpanan. Juga memiliki pendapatan tinggi dan mampu menampung segala keperluan keluarga tanpa banyak masalah. Tetapi, sedarkah anda? Sekiranya semalam, anda ditimpa penyakit kritikal, keluarga anda mungkin terpaksa menjual harta yang ada, semata-mata untuk menampung kos rawatan anda?
Bukan saja harta yang dijual dalam keadaan terdesak itu menghasilkan perolehan yang rendah, kadangkala mereka terpaksa menunggu lama untuk mendapat keuntungan yang tidak seberapa dari penjualan harta. Ia mungkin tidak cukup untuk menampung segala kos rawatan yang ada hingga menyebabkan keluarga anda terpaksa meminjam di merata tempat.
Dengan memiliki insurans, anda tidak perlu menebus wang simpanan/menjual harta bagi menampung kos perubatan hospital tersebut. Duit sara hidup sepanjang tempoh anda tidak boleh bekerja akibat penyakit kiritikal itu juga, dapat disediakan melalui insurans.
Dalam erti kata lain, keluarga anda tidak perlu merana, kehilangan harta dan sumber pendapatan sedia ada, hanya kerana anda tidak bersedia menghadapi musibah yang melanda. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memindahkan sedikit wang dari pendapatan anda kepada pelan insurans supaya anda dapat melindungi harta dan insan tersayang.

Golongan Kurang Duit$$$$

Bagi golongan kurang duit, bukan sahaja gaji bulanan yang anda terima sekadar cukup-cukup sahaja, malah anda memiliki banyak komitmen lain yang perlu ditanggung. Tetapi, sedarkah anda? Jika sekarang pun, anda sudah terkial-kial untuk menampung keperluan keluarga, bagaimana nasib keluarga anda sekiranya semalam anda sudah tidak berupaya atau sudah tiada?
Bagaimana anak-anak anda hendak meneruskan kehidupan mereka? Memang mudah mulut berkata, rumah anak yatim kan ada. Tapi hakikatnya, rumah anak yatim pun memerlukan bantuan kewangan setiap bulan bagi menampung keperluan mereka. Tak kasihankah anda kepada anak-anak anda sendiri, yang anda belai dan sayangi selama ini? Sanggupkah anda melihat mereka hidup merempat, hidup serba kekurangan dah disisih akibat kemiskinan yang melanda?
Ternyata, dengan memiliki insurans, anda mampu untuk menyediakan tabung kecemasan dan harta pusaka dalam sekelip mata, walaupun pada zahirnya anda berpendapatan rendah sahaja. Tidak kira sama ada anda ditimpa penyakit kritikal, lumpuh keseluruhan atau meniggal dunia, tanggungjawab anda terhadap keluarga masih dapat dilaksanakan dengan sempurna. Cuba ubahsuai perbelanjaan sediakala, agar anda dapat menyelitkan sedikit gaji bulanan untuk caruman insurans.
Walaupun sedikit, pampasan insurans yang diperolehi oleh keluarga nanti, begitu besar ertinya pada mereka, kerana terbukti, anda tetap sayangkan mereka walaupun anda sudah tiada. Kasih sayang anda terhadap keluarga akan kekal di hati mereka buat selama-lamanya.

(Dipetik dari Mingguan Wanita September 2005)


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH