Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tips Berurusan Agen Insuran Takaful

Agen bagus mana nak pilih?

Insuran Umpama Bodyguard Anda Sekeluarga

Sebagai seorang ejen Takaful & wealth planner anda, saya bagus tak?
Macam mana nak tahu saya ni ejen & financial planner yang bagus atau tidak?
Anda percayakan saya jadi ejen Takaful anda tak?

hihi...ok jom kita sama-sama lihat bagaimana cara untuk berurusan dengan ejen atau penasihat kewangan agar sesuai untuk uruskan anda & keluarga & sahabat anda semua.

Seorang ejen insurans atau takaful mewakili syarikat insurans atau pengendali takaful dan secara amnya memberi penerangan dan menjual polisi-polisi insurans atau pelan-pelan takaful yang dikeluarkan oleh syarikat insurans atau pengendali takaful kepada anda sebagai pelanggan. Juga mewakili anda dan menasihati tentang polisi insurans atau pelan takaful yang paling sesuai dengan anda. Seorang penasihat kewangan ialah pihak berkecuali yang memberi perkhidmatan perancangan kewangan kepada anda berdasarkan keperluan kewangan anda.

10 tips berurusan dengan ejen & penasihat kewangan, yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  1. Pengetahuan yang mendalam tentang produk insurans dan/atau takaful di pasaran
  2. Berusaha memahami keperluan anda dan membantu anda memilih produk atau perkhidmatan insurans atau takaful.
  3. Menerangkan dengan jelas butiran maklumat yang diperlukan dalam borang cadangan serta betapa pentingnya untuk memaklumkan fakta yang penting.
  4. Memastikan anda memahami polisi atau pelan yang anda beli dengan menerangkan dengan jelas terma dan syarat utama kontrak insurans atau pelan takaful yang dicadangkan.
  5. Tidak menjanjikan sesuatu yang tidak logik atau keterlaluan.
  6. Menjual berdasarkan fakta, tidak mendesak atau mengancam.
  7. Memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan menepati masa.
  8. Menunjukkan Kad Pendaftaran Ejen kepada anda jika diminta (untuk ejen insurans). Seorang ejen takaful yang telah lulus pendaftarannya oleh Pendaftar Pengantara Takaful mempunyai Kad Kuasa yang mempunyai semua maklumat berkenaan ejen tersebut.
  9. Membuat susulan dan memberikan perkhidmatan yang berterusan kepada anda, seperti pembaharuan polisi dan memberitahu perkembangan terkini produk baru yang berkaitan.
  10. Memberikan bantuan kepada anda jika anda perlu membuat tuntutan kepada syarikat insurans atau pengendali takaful.

Jadi diharap tips ini dapat membantu anda ya. Sekian dulu untuk kali ni. Diharap saya menepati segala kriteria di atas dan layak menjadi ejen pilihan anda & terlaris di pasaran......in sya Allah.... <3 TQVM!


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

1 comments:

latzmiracle said...

I dont see that in the agent.bg penyelesaian pun ke laut aku yg kena blk dgn hospital.