Hutang Masalah Besar?
Jadi mari kita sama-sama membantu & kali ini kita kongsi sedikit tip untuk mengatasi masalah pembayaran hutang:-
- Kurangkan perbelanjaan - oleh kerana kita sudah TERLEBIH belanja, maka kali ini kita muhasabah dan kita fikirkan masa depan yang masih jauh dan mula kira-kira semula perbelanjaan kita. Yang mana low priority kita kurangkan atau mungkin stop, bayar hutang dulu.
- Buat belanjawan - ini langkah paling utama untuk berubah & amat perlu untuk melihat ke mana sebenarnya duit kita.
- Gunakan simpanan / side income - ini juga pilihan yang biasanya kita lakukan, cari wang tambahan mungkin melalui bisnes kecil-kecilan atau online yang dapat menambah pendapatan seterusnya membantu kita membayar hutang.
- Jual aset - hutang anda besar & anda mempunyai aset maka jual aset anda dapat membantu mengatasi masalah hutang ini.
- Hubungi institusi perbankan anda - satu lagi pilihan bijak untuk membincangkan masalah kewangan anda. Pihak peminjam sebenarnya lebih suka kita berbincang untuk mencari penyelesaian, biar win-win situation. Institusi perbankan anda mungkin dapat membantu dengan menstukturkan semula hutang/pinjaman anda.
- Jangan sekali-kali membuat atau mengambil kemudahan pembiayaan baru melainkan bila aliran kewangan anda sudah pulih atau baik & stabil.
Sebagai bantuan tambahan, jom sama-sama kita download Kalkulator Belanjawan ini sebagai panduan ya ^_^ Moga pengurusan kewangan kita semakin baik selepas ini harapnya. Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan.
![]() |
HUTANG |
ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
Protect Your HEALTH & WEALTH
0 comments:
Post a Comment