Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tips Jimat Wang Di Hari Raya

Tips Budget Bijak Hari Raya

Setiap tahun kita semua menyambut hari raya Aidilfitri dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. Meraikan selamat berpuasa sebulan. Shopping dan sales sana sini sudah pasti. Bukan saja baju nak baru, kalau boleh perabot satu rumah pun nak tukar design baru...dan impian mencapai kemahuan ini amat berisiko membawa kepada overspending, terlebih belanja yang selalunya akan mengganggu budget belanjawan bulan seterusnya.

Jadi, macam mana nak kawal perbelanjaan dari overspending ni?
1) Berbelanja mengikut kemampuan - rancang budget anda dan sentiasa beringat situasi kewangan anda, jangan sekali-kali 'lebih nafsu dari mampu'
2) Letak keutamaan/priority dalam setiap perbelanjaan anda - antara perabot dengan makanan, atau pakaian dengan duit raya, yang mana lagi penting. Ingat, mesti ikut budget!
3) Sediakan segala keperluan raya di awal waktu, elakkan pembelian saat akhir kerana ini boleh membawa kepada over budget kerana masa yang suntuk dan pilihan yang tidak banyak.
4) Jangan lupa simpanan anda - walaupun nak raya, simpanan tetap kena simpan (minimum 10% dari gaji). Mana la tau tiba-tiba emergency at least anda sudah bersedia.

Perbelanjaan di waktu Perayaan

Menurut kaji selidik oleh iMoney bagi menilai sikap rakyat Malaysia terhadap perbelanjaan perayaan, lebih dari 10% terpaksa meminjam wang bagi tujuan meraikan Hari Raya dan lebih 15% daripada responden membelanjakan lebih RM3,000 dari yang biasa bagi perayaan. Adakah kita termasuk golongan ini? Bagaimana nak berubah? jom sharing lagi:-

  • Jangan sesekali meminjam wang dari peminjam wang tidak berlesen
  • Jangan membuat pinjaman tunai dari kad kredit
  • Jangan membuat pinjaman peribadi semata-mata untuk belanja raya
  • Elak dari memohon 'Cash in Advance' dari Bos anda
  • Elak dari berbelanja besar menggunakan kad kredit


Tips Belanja Waktu Ramadhan


  • elakkan makanan yang mahal
  • jangan membeli terlalu banyak makanan untuk berbuka, membazir
  • buat tempahan awal jika mahu berbuka di luar
  • ambil kesempatan jika berbuka di luar dengan promosi berbuka puasa

Tips Shopping Raya


  • Jangan shopping hanya kerana terpengaruh dengan sales raya
  • Pastikan anda mampu untuk ber-shopping
  • Beli barangan yang perlu sahaja - contohnya, cuma beli sepasang baju, jangan melebih-lebih sebab beli baju maka kena beli kasut, tudung, accessories dll
  • Setelah memilih barang untuk dibeli, periksa kualiti biar bersesuaian dengan harga 

Tips Balik Kampung

Teringat lagu Datuk Sudirman Arshad - Perjalanan jauh tak ku rasa, Kerna hati ku melonjak sama, Ingin berjumpa sanak saudara, Yang selalu bermain di mata...

Tetap berjimat dalam keghairahan nak jumpa keluarga di kampung:-

  • untuk pemandu yang berseorangan, pilih lah untuk Carpool - lebih gembira dan selamat
  • buat pilihan jalan yang terbaik untuk perjalanan selesa (cek traffic report, eksiden dll)
  • pastikan memandu kereta yang sudah di-service baik
  • cek tekanan angin tayar kereta anda - tayar kempis menambahkan penggunaan minyak kereta
  • mengamalkan pemanduan selamat - memandu lagu dan selalu brek mengejut juga menambahkan penggunaan minyak kereta

Sekian saja, Selamat pulang berhari raya! Ampun maaf ku pinta. Moga anda semua bergembira ^_^

[Credit: www.AKPK.org.my]

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH