Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

6 Sebab Budget Anda Gagal

6 Kemungkinan Mengapa Budget anda tidak berfungsi

Para Pembaca Budiman,

Kali ini jom kita menjawab persoalan mengenai budget yang gagal.

Mematuhi belanjawan dirasakan rumit dan ketat, malah membuat anda berasa lemah.
Bagaimana agaknya mahu mewujudkan bajet yang benar-benar boleh mengubah nasib kewangan anda?
Adakah anda pernah mengikuti perbelanjaan anda dan mencipta bajet?
Adakah ia berhasil?
Jika anda telah mencuba dan gagal, terdapat pelbagai sebab mengapa bajet anda mungkin tidak berjaya seperti sepatutnya, dek kerana...

Memandang Rendah Perbelanjaan Anda

Ia agak sukar untuk menganggarkan perbelanjaan yang tidak teratur seperti bil utiliti. Ia adalah penting untuk bersikap realistik mengenai anggaran kos bulanan anda. Sediakan buffer dan overestimate (lebihkan anggaran) perbelanjaan anda jika perlu. Dengan cara itu, anda tidak akan selalu kehabisan atau terlebih belanja melebihi bajet!

Belum Rangka Belanjawan Sepenuhnya

Adakah anda lupa untuk bajet perbelanjaan sekolah anak-anak anda? Adakah anda terlupa bil insurans kereta tahunan anda? Pastikan tidak lupa memasukkan semua perkara yang perlu ke dalam bajet bulanan & tahunan anda. Lain-lain perbelanjaan yang sering terlepas pandang termasuk rumah dan penyelenggaraan, juga bil-bil keperluan lain (personal loan, cukai tanah, kad kredit dll). Adalah mencabar untuk bajet barang-barang keperluan ini namun ia boleh dilakukan.


Tiada Dana Kecemasan

Setiap kali perbelanjaan yang tidak dirancang datang, dana kecemasan boleh memenuhi kecemasan itu tanpa mengganggu bajet anda sehingga keluar trek. Namun ingat, hanya gunakan dana kecemasan untuk kecemasan sahaja, jangan anggap ia sebagai lanjutan/tambahan/extra kepada bajet bulanan anda yg sudah dirangka!

Perbelanjaan Anda Terlalu Tinggi

Jika pendapatan anda hampir tidak memenuhi perbelanjaan anda, ia mungkin masa untuk memotong beberapa perkara. Adakah anda benar-benar memerlukan telefon pintar yang mahal? Adakah perlu memotong kuku anda secara profesional (menicure/pedicure)? Perlukah anda 'mengopi' di tempat yg berjenama walaupun rasanya tidaklah sesedap mana? Ini antara contoh perbelanjaan yg boleh dipotong dari bajet anda! Ia agak menyakitkan pada mulanya, tetapi anda akan terus dapat hidup, dan makin baik jika diteruskan bersederhana ^_^

Perhatikan (Keeping Track) Perbelanjaan Anda

Sesetengah kategori bajet lebih sukar dirancang berbanding yg lain. Perbelanjaan runcit misalnya, mempunyai kecenderungan untuk terlebih jika tidak mengawalnya dengan tegas & teliti. Apa yg perlu dibuat ialah rekodkan setiap perbelanjaan harian anda, mengikut kategori, agar di setiap masa dapat tahu ke mana wang anda dihabiskan. Expense Manager antara aplikasi percuma terbaik untuk ini!

Katakan CUKUP kepada diri sendiri!

Jika anda selalu berbelanja lebih dari apa yg telah diperuntukkan, ia mungkin masa untuk mengambil perhatian serius kepada pilihan anda. Jika anda mahu belanjawan anda untuk berjaya, ia adalah penting untuk belajar memberitahu diri anda sendiri "CUKUP"!


Jadi, yg mana faktor di atas yg masih sentiasa mggagalkan anda dalam menepati beanjawan bulanan anda?

Jom sedikit praktis dengan BIL AJAIB seperti dibawah:-
1. ambil sekeping kertas
2. senaraikan kategori belanja bulanan anda
3. susunkan seperti dlm gambar Bil Ajaib
4. dalam bulatan kosong itu tulis perkataan GAJI SAYA
5. lipat kertas tadi kpd 2 bhgn
6. lipat sekali lagi kpd 2 bhgn, agar bulatan GAJI SAYA berada di tengah2
7. sekarang koyakkan bhgn bulatan GAJI SAYA itu!
8. dan buka semula lipatan anda...perhatikan...GAJI SAYA sudah tiada!

Jadi, jika GAJI ANDA sudah tiada, macam mana nak bayar semua keperluan yg disenaraikan itu!???
Di sinilah anda perlukan saya! ^_^

Juga Kewangan & Robert Kiyosaki untuk panduan anda selanjutnya.
Sekian.

BIL AJAIB ANDA

ZULAIKHA ZUL (Muqmeen Group)
019.330.6849
Protect Your HEALTH & WEALTH
#RealLifeRakanTakaful

Persoalan Insuran Takaful

Soal Jawab Insuran Takaful

Semakin kesedaran dalam insuran dan Takaful meningkat,
laju sejajar dengan kepentingannya juga semakin diperlukan,
mengikut peredaran kemajuan yg semakin tinggi.

Jom kita berkongsi beberapa soalan hangat berkaitan insuran / takaful
seperti berikut:-

1. Berapa banyak insurans / takaful perlu saya laburkan?

5-10% daripada pendapatan kasar anda.
Ia adalah boleh tolak cukai - income tax :)

2. Saya sudah mempunyai insuran. Bolehkah saya mendapatkan lagi perlindungan dan mengapa?

Ya, anda boleh mendapatkan lagi perlindungan,
terutamanya selepas peristiwa besar dalam hidup seperti perubahan pekerjaan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi untuk melindungi, berkahwin, mempunyai anak, membeli harta. Keperluan anda meningkat mengikut umur dan lifestyle anda. 

3. Apakah perlindungan yang saya perlu? 

Pakej komprehensif perlindungan berkaitan pelaburan:
- Hayat dan hilang upaya kekal
- Penyakit kritikal
- Kemalangan
- Perlindungan perubatan / medical card
- Nilai tunai / simpanan / pelaburan

Jika anda mendapati diri anda underinsured dalam mana-mana salah satu dari perkara di atas, anda perlu top-up dengan sewajarnya.

4. Mengapa syarikat yang berbeza mempunyai kadar dan harga yg berbeza pada kad perubatan mereka?

Pertama --> Fasal yang berbeza:- 
- FASAL PENGELUARAN PORTFOLIO memberi hak kepada syarikat itu untuk menarik balik faedah perubatan dengan notis satu bulan. Terutamanya dalam kes kehilangan disebabkan oleh tuntutan yang berlebihan dan prestasi syarikat semakin menurun. Juga syarikat boleh mengeluarkan faedah jika tidak membayar atau berlaku penipuan.
(PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE entitles the company to withdraw the medical benefits with one month notice. Especially in case of loss due to excess claims and company performance spiralling down. Also the company can withdraw benefit if non-payment or fraud)

- FASAL TIDAK BOLEH BATAL bermakna syarikat itu tidak boleh membatalkan faedah perubatan selagi tidak ada penipuan dan pembayaran yang baik. PRUDENTIAL baru-baru ini mengukuhkan fasal ini.
(NON-CANCELLABLE CLAUSE means the company cannot cancel the medical benefits as long as there is no fraud and the payment is good.)

Kedua --> Pakej yang berbeza:
harga bilik / had tahunan dan jangka hayat / elaun wad / co-insurans atau perlindungan penuh / perlindungan bersalin dan komplikasi akibat kemalangan

Dana Kecemasan


Harap perkongsian ini membantu anda membuat perancangan terbaik untuk anda dan keluarga ^_^
Jom #takaful #financialfreedom

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH