Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Takaful & Pahala

BerTakaful dapat Pahala?

Seperti yang kebanyakan kita sedia maklum, peserta Takaful adalah berTabarru' iaitu menyumbang dengan niat sesama membantu ketika salah satu peserta mengalami kesusahan. Dan tabarru' ini mempunyai Nilai Kerohanian yang tinggi, samada kita sedar atau tidak.
“Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah sebagai sebuah biji (benih) yang tumbuh menjadi tujuh tangkai, di setiap tangkai seratus buah dan Allah melipatgandakan (ganjaranNya) untuk siapa yang disukaiNya dan Allah luas pemberianNya dan Maha mengetahui”. [Al-Quran 2:261]
Ini bererti Pahala orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah 700 kali ganda atau lebih. Di jalan Allah termasuklah juga usaha-usaha mempertahan dan menyiarkan agama Allah dan juga usaha-usaha pertahankan negeri serta amal kebajikan dalam masyarakat, dengan erti yang luas.

Takaful & Pahala

Jadi, bagaimanakah berTakaful boleh memberi pahala dan manfaat di akhirat?

Sedarkah anda yang nilai Insuran hanya boleh dinikmati waris yang masih hidup sahaja, tetapi dengan Takaful mampu memberi manfaat kepada si mati juga. Umpamanya si mati juga boleh menerima manfaat kekal wang Takaful dengan cara wang pampasan itu digunakan oleh pewaris bagi tujuan seperti berikut:-
  • Menyelesai hutang-piutang
  • Membayar zakat tertunggak
  • membuat upah Haji
  • Membeli harta berguna bagi maksud waqaf
  • Membuat amal jariah lain seperti bersedekah menolong anak yatim, fakir miskin dll
haaa...kan dapat pahala tu! Setiap bulan menyumbang juga dapat pahala sebab niat sumbangan adalah untuk membantu (tabarru') & setelah mati juga masih dapat pahala apabila wasiat yang ditinggalkan itu digunakan sebaik mungkin membantu keluarga yang ditinggalkan. Alhamdulillah anda berTakaful!

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu, akan pahala dan kebahagian hari akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia, dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” [Al-Qur’an 28:77]


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH