Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Kahwin & Pengurusan Wang


Program Pengurusan Hutang Pasangan Baru Berkahwin


KUALA LUMPUR 9 Dis. - Sebanyak 81,150 individu yang telah berkahwin dikenal pasti mendapatkan khidmat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) iaitu kira-kira 75 peratus daripada 108,167 jumlah pemohon sejak 2007.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporatnya, Mohamad Khalil Jamaldin (gambar) berkata, menerusi Program Pengurusan Hutang (DMP) yang dijalankan pihaknya itu, data yang diterima menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

“Untuk tahun ini sahaja, sehingga Oktober lalu, sebanyak 12,600 pemohon telah berkahwin datang kepada kami untuk men-yertai DMP. Daripada jumlah ke-seluruhan 15,695 orang, pemohon bujang (2,090), bercerai (665), janda atau duda (338) manakala selebihnya tidak dinyatakan status.

“Berdasarkan data lain, 22.7 peratus menunjukkan punca berhutang adalah disebabkan pengurusan kewangan yang lemah, kegagalan perniagaan (16.2 peratus), perbelanjaan perubatan (16 peratus), gagal mengawal penggunaan kad kredit (10.9 peratus), kehilangan pekerjaan (9.9 peratus), peningkatan taraf hidup (5.7 peratus) dan lain-lain (18.6 peratus),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Utusan Malaysia berhubung konflik perkahwinan disebabkan masalah kewangan sebagai faktor utama yang kian meruncing sejak akhir-akhir ini sehingga berakhir dengan penceraian.

Sementara itu, Ketua AKPK Cawangan Kuantan, Junainah Ahmad berkata, pihaknya tidak menafikan semakin ramai individu yang membuat pinjaman peribadi dan menggunakan kad kredit untuk menampung majlis perkahwinan secara besar-besaran di luar kemampuan.

“Walaupun tiada statistik khusus, sememangnya kos sara hidup yang semakin tinggi meningkatkan perbelanjaan majlis perkahwinan. Untuk mengelakkan hutang berlebihan, adalah penting untuk pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga membuat bajet perkahwinan yang realistik dan bersesuaian dengan kemampuan mereka.

“Bincanglah dari hati ke hati untuk mencapai persefahaman tentang urusan perbelanjaan perkahwinan,” jelasnya.

Artikel dari Utusan Malaysia, 10 Disember 2014



ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH