Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Jom Belajar Takaful :)

Ambil tahu lebih mengenai Takaful

Salam Jumaat,

Sempena hari penuh barakah ini, saya nak share lagi tambahan ilmu mengenai Takaful. Semua anda tahu yang Takaful adalah Islamic insuran yang berlandaskan syariah, yang mengamalkan aqad & tabarru' sesama peserta, dan investment juga dengan dana-dana Islamic yang 100% syariah compliance :)

Sebenarnya kebanyakan pengendali Takaful menyediakan beberapa elemen yang sama iaitu pampasan perlindungan, kad perubatan, dan simpanan atau pelaburan, juga beberapa rider tambahan seperti elaun mingguan, pendapatan tahunan, Contributor (kalau kena TPD atau penyakit kritikal premium bulanan akan free), dll. Haaa....mesti tiba-tiba anda yang memiliki polisi Takaful pun macam blur pulak kan apakah ini...so jom kita kongsikan:-

Ok di sini saya tambahkan lagi apa yang anda perlu lebih tahu pasal Takaful ni:-

1) Pampasan - bukan saja Kematian, tapi ada tambahan untuk Hilang Upaya Kekal, Kemalangan & juga Penyakit Kritikal.
i) Pampasan Kematian - Bila berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan (Cash Value) yang ada. Tambahan lagi jika ejen anda masukkan Khairat Kematian jumlah min RM2,000 hingga RM10,000. Khairat kematian ni selalunya akan dapat within 24 hours kepada keluarga untuk perbelanjaan pengurusan jenazah (make sure dokumen lengkap untuk claim Khairat Kematian iaitu Death Certificate).
ii) Pampasan Kemalangan (ADD iaitu Accident Death & Disablement) - Kematian akibat kemalangan, maka pewaris akan mendapat 2 pampasan iaitu Pampasan ADD + Pampasan Kematian.
iii) Pampasan Penyakit Kritikal - Ada 36 jenis Critical Illnesses (CI) yang boleh dibuat tuntutan & ada syarat yang ditetapkan untuk setiap tuntutan. Contohnya kanser, kena pastikan virus kanser sudah malignant. Jika kanser masih diperingkat awal  maka tuntutan belum boleh dibuat. Untuk keterangan lanjut mengenai penyakit rujuk post saya 36 Penyakit Kritikal.
iv) Hilang Upaya Kekal (TPD iaitu Total Permanent Disability) - bermaksud cacat kekal di mana hilang upaya untuk uruskan diri sendiri dan sudah tidak boleh bekerja. Bagi kes sebegini % pampasan adalah berbeza mengikut skala untuk TPD. Rujuk polisi anda.

2) Kad Perubatan (Medical Card) atau Perlindungan Perubatan - Ini yang berbeza mengikut offer dari pengendali Takaful & anda amat perlu tahu apa value medical card anda. Berikut apa yang perlu anda tahu lebih:-
i) Ko-Takaful atau Zero Deductable - 
Selalunya ejen akan utamakan yang Zero Deductable di mana anda tak perlu keluar cash bila admitted di hospital. Sedikit mahal, tapi cuma beza antara RM20 ke RM30 sahaja dengan yang ada ko-takaful. 
Jika dengan ko-takaful, anda perlu bayar 10% dari jumlah kos rawatan anda setiap kali admitted, min RM300 max RM1000 sahaja. Kena keluar duit sikit tetapi anda dapat No Claim Bonus setiap tahun sebagai tambahan kepada simpanan anda. Lagi pun berapa kali sangat anda kena admit sepanjang hidup ni kan...mungkin 2 kali dalam 30 tahun!? :) Pilihan anda.
ii) First Party atau Third Party - Ini AMAT PENTING! Macam nak ambil insuran kereta pun punyalah kita nak yang the best kan...
First Party means pengendali insurans tu sendiri yang kendalikan medical card. 
Third party means pengendali insurans menggunakan syarikat lain untuk mengendalikan medical card itu. Managed Care Organization (MCO) @ Third Party Medical Card Provider seperti MediJaring, PMCare dan AsiaAssist. 
So pastikan anda tahu dengan cara tengok medical card anda, jika terdapat logo selain logo syarikat insurans anda, maka third party lah tu. Maka selamat mghadapi kelecehan waktu nak claim nanti!
iii) Kekerapan Lawatan doktor - Sesetengah polisi perubatan hanya menghadkan lawatan doktor sekali sehari. Kebanyakan doctor membuat lawatan 2 ke 3 kali sehari, terutama penyakit kritikal. Jika polisi anda cuma cover sekali lawatan maka anda perlu menanggung sendiri kos lawatan selebihnya. Periksa polisi anda & tak semua ejen akan beritahu perkara ni.
iv) Claim - Ada claim yang Auto-Claim, namun ada juga yang Manual Claim. Jadi pastikan dengan ejen anda. Claim lambat atau cepat boleh selidik sendiri dgn pihak hospital atau admission counter sebab diorang selalunya tahu.

3) Premium atau Harga pelan Takaful anda - Pastikan apa yg anda bayar berbaloi & sesuai dengan keperluan & kemampuan anda. Nilai apa yang anda dapat itu penting, murah mungkin kurang nilainya, jika mahal pastikan menyeluruh coveragenya ;)

4) Investment-Linked atau Traditional - Jika yang traditional, mungkin murah namun jika ada masalah payment maka medical card anda tidak boleh digunakan sampai settlekan tunggakan. Kalau investment-linked, anda boleh pakai medical card selagi status polisi In-Force.

5) Baca & Fahami Quotation & Polisi - Sebelum turunkan tandatangan, sila baca quotation & faham apa yang ada dalam pelan anda. Minta ejen explain satu per satu. Bila dah setuju & dapat polisi, baca polisi untuk keterangan penuh & lanjut. Bank Negara tetapkan 15 hari cooling off period setelah dapat polisi & anda boleh cancel polisi jika tak sesuai dengan kehendak anda. Lepas 15 hari dah tak boleh cancel.

Jadi harap perkongsian kali ini dapat membantu anda untuk lebih memahami apa sebenarnya yang ada dengan pelan perlindungan anda itu ya >_< kalau nak tanya lebih lagi boleh je komen di sini atau contact saya untuk bertanya. Sharing is Caring & Loving! Sekian untuk kali ini.



ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

Salam Ramadhan 1435H



Assalamualaikum..

Salam Ramadhan & selamat berpuasa buat semua pembaca. Moga Ramadhan 1435H kali ini memberi seribu makna buat anda semua, TAKAFULovers & keluarga tersayang. Jika ada salah silap pada masa lalu jutaan ampun & maaf kupinta atas kekhilafan diri ini. Moga kita semua beroleh keberkatan dariNya...Ameen :)

Indahnya DUNIA hanya sementara,
Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika,
Indahnya MIMPI bagaikan tak pasti, Tapi,
Indahnya RAMADHAN tiada tukar ganti...

~AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN~

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH