Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tips Mencari Insuran/Takaful


Assalamualaikum ^_^

Kepentingan Anda Memilih Insuran


Anda masih mencari insuran/takaful? Bagaimana mencari insuran atau Takaful yang sesuai dengan anda? Sebelum anda membeli polisi insurans atau pelan takaful selidik dan ketahui lebih lanjut tentang produk insurans dan takaful yang ada di pasaran. Bukan semua polisi atau pelan sesuai untuk anda. Polisi-polisi atau pelan-pelan yang berbeza menawarkan ciri-ciri, manfaat, syarat-syarat dan pengecualian yang berbeza. Kaji terlebih dahulu polisi atau pelan yang ingin dibeli agar bersesuaian dengan keperluan dan peringkat hidup anda.

Mari saya kongsikan tips asas dalam membuat urusan & pilihan terbaik sebelum anda berinsuran atau bertakaful, semoga tips ini memberi manfaat kepada anda:-
  1. Hanya berurusan dengan agen/financial planner yang berdaftar/berlesen.
  2. Berurusan dengan agen/financial planner yang mempunyai rekod kerja yang terbukti atau yang dicadangkan oleh rakan-rakan atau ahli keluarga.
  3. Berikan maklumat anda secara jujur dan serahkan fakta-fakta penting. Jangan menandatangani borang kosong atau apa-apa yang tidak anda fahami.
  4. Jangan terpedaya dengan pujukan untuk meluputkan polisi yang sedia ada untuk membeli polisi insurans hayat baru.
  5. Pastikan anda memahami produk yang anda beli.
  6. Baca manfaat dan syarat-syarat polisi dengan teliti dan bandingkan dengan produk lain.
  7. Membuat perbandingan terlebih dahulu sebelum membeli sebarang polisi.
  8. Hanya beli produk yang anda perlu dan mampu.
  9. Minta bahan-bahan jualan, seperti ilustrasi jualan, risalah produk atau borang carian fakta pengguna (untuk produk hayat sahaja) dan simpan kesemua dokumen ini dengan elok
  10. Jika mengalami sebarang keraguan, dapatkan maklumat lebih lanjut daripada agen/financial planner anda atau penjelasan daripada syarikat insurans atau pengendali takaful anda.
  11. Dapatkan resit sebagai bukti pembayaran premium dan simpan resit itu dengan elok.
[credited to insuranceinfo.com.my]

tambahan lagi tips untuk anda dalam memilih yang terbaik:-
  • Semak ranking syarikat insurans atau pengendali takaful itu.
  • Buat semakan dengan beberapa hospital swasta, di bahagian Insurans/Takaful, call & tanya syarikat insurans atau pengendali takaful mana yang paling stable & mudah urus & tak banyak masalah.
  • Jangan sesekali cepat sangat membuat keputusan dengan melihat 'pelan murah tapi dipenuhi benefits mahal' sebab ada sebab kenapa pelan ni murah dan kenapa pelan tu mahal (ko-takaful, zero deduction, pampasan, coverage perlindungan, renewal status, dll)
Harap ini sedikit sebanyak dapat membantu anda ya!

Ikhlas dari,

ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: