Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Kerja Anda HEPI?

Gembira Bekerja

Assalamualaikum,

Persoalan ini mungkin dapat terus memberi jawapan kepada diri anda sendiri apa jawapannya. Jika senyum ceria maknanya anda suka kerja anda, dan sebaliknya jika response anda menunjukkan mimik muka bosan atau tidak menarik - maksudnya begitulah juga kerja anda!

Jadi jom kali ini saya kongsikan tips yg saya belajar dari NLP dalam membuat anda gembira bekerja iaitu “HEPI” :-

H – Hargai
Hargailah apa yang kita miliki sehingga waktu ini. Kesihatan. Kebahagiaan keluarga. Kemewahan. Anak dan isteri. Rakan-rakan yang memahami. Semua ini perlu kita hargai, termasuk juga diri sendiri! Apabila kita menghargai maka diri kita juga akan dihargai.

E – Empaty
Ia membawa erti kita cuba memahami orang lain yang di sekeliling kita. Berfikir dalam kotak pemikiran orang lain. Bila kita fahami orang lain, kita akan tahu bagaimana untuk ‘react’ terhadapnya. Dan bila kita memahami maka org lain juga akan cuba utk memahami diri kita juga :)

P – Pilihan
Hidup ini dipenuhi dgn pelbagai pilihan dan  membuat pilihan adalah seni. Pilihlah perasaan yang baik dan positif ketika memulakan hari dalam kehidupan seharian kita. Kawal minda dengan baik, sertakan dengan senyuman, dan yakinkan diri dapat buat yg terbaik maka in sya Allah yg terbaik akan anda dapat. What you think is what you'll get!

I – Ikhlas
Ikhlas membawa erti selesai dengan tenang dan senang hati. Hindarkan diri dari perasaan yang negatif dan sifat-sifat yang kurang baik. Allah akan pandu kehidupan kita setelah kita buangkan segala perkara negatif tersebut. Ikhlas bekerja, ikhlas bersedekah, ikhlas dalam segala hal dan anda pasti mendapat yg terbaik juga, what you give is what you'll get back, perhaps double!


Jadi, Pasti kan anda amalkan HEPI ini ya. Sekian dahulu perkongsian, moga ini dapat membantu memotivasikan diri anda ke arah yg lebih baik, dan wassalam ^_^

#ilovemyjob
#ejentegartakaful
#prubsn

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: