Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tips Ajar Anak Tentang Wang

Bagaimana Mahu Anak Faham Nilai Duit?

Selalu tak tengok atau mungkin anda sendiri terlibat dengan kejadian...
  • anak menangis nak beli mainan, meraung selagi tak dapat
  • kat rumah dah ada mainan tu tp anak nak beli jugak lagi
  • anak asyik mintak duit, pegi kedai beli gula2, umur masih muda gigi dah rongak =p


Fuuhhh...ini antara kes2 yang biasa berlaku...kes yang tak pelik pun, normal. Parents manjakan anak orang kata, siapa tak sayang anak kan...tapi, di zaman serba moden ni walaupun pendapatan naik tiap2 tahun tapi harga keperluan keluarga juga makin meningkat. Betul kan?

Jadi, kali ni saya nak kongsi apa yang saya amalkan selalu kepada anak saya sendiri dalam mengajar nilai wang kepada anak. Alhamdulillah cara ni berjaya, at least kejadian seperti di atas dapat dielakkan =)

Pelbagai cara & tindakan boleh anda buat atau fikir, ikut cara yang anak anda mudah faham, untuk ajar anak agar mereka...

  1. tahu nilai duit
  2. duit bukan senang boleh dapat
  3. susahnya kena kerja kerja kerja dan kerja lagi, baru dapat duit
  4. abah kerja untuk bayar rumah, bayar kereta, beli nasi
  5. mama kerja untuk beli susu, beli baju, beli buku, bayar sekolah
  6. soal anak kalau duit takde apa akan jadi?

Ini antara point yang selalu saya gunakan untuk bagi nasihat kepada anak tentang duit, buat bermula dari anak saya pandai bercakap dan pandai meminta (dari umur setahun lebih) =)

Tips2 & cara2 antaranya:-

  • bila kita nak beli sesuatu, kita cakap dengan dia, "mommy nak beli nasi, tapi kejap mommy tengok ada duit tak, kalau takde duit macam mana nak belikan..."
  • bila nak belikan sesuatu macam mainan atau buku untuk anak kita, kita cakap dulu, "mommy work, work, work banyak2 baru dapat duit...baru boleh beli mainan ni...kesian mommy penat mommy work tau..." + tunjuk muka penat kat anak ;)
  • bila hantar anak ke nursery atau sekolah, bagi tau, "mommy daddy nak pegi work ni, dah work baru dapat duit, ada duit baru boleh beli nasi nak makan nanti, kalau tak kesian kita semua lapar nanti..."
  • perlu keraskan hati, rela biar anak menangis dari mengalah dan belikan juga apa yang anak mintak (ini bila anak selalu sangat guna teknik menangis ni nak dapat beli mainan, kita kena tunjuk kita lebih berkuasa untuk buat keputusan, bukan anak...)
  • sebelum belikan sesuatu yang anak mahu, selalu berikan syarat dulu, contohnya, "ok, esok pagi pegi sekolah jangan nangis, nanti mama belikan puzzle ni kalau tak nangis, kalau nangis mama taknak beli tau" (kalau buat cara ni, bila anak fullfil syarat tu kita memang kena beli, sebab kalau tidak nanti anak kita anggap kita tipu, dah tak percaya kita dah nanti...)
  • cerita kat anak kita apa jadi kalau kita takde duit, contohnya, "kalau mommy daddy tak work, nanti takde duit, tak boleh bayar rumah, nanti kita takde rumah kita nak duduk mana? kalau hujan nanti kita basah takde rumah nak duduk..."

Kita kena selalu sebut dan bagi cerita dan explain kat anak kita susahnya nak dapat duit ni...biar mereka betul2 faham duit ni kena kerja dn usaha baru boleh dapat. Jangan mudah tunjuk yang kita ni banyak duit atau duit banyak dalam purse atau handbag kita. Jangan amalkan bila anak nak duit kita suruh anak ambil dari beg duit kita. Jangan.....sebab ni menyebabkan anak set dalam kepala diorang senang je nak dapat duit.

Satu ketika, anak saya bila kita explain macam biasa, macam ayat2 di atas tu kat dia, sampai ada sekali tu dia jawab...
"mommy xde duit? jom kita beli duit lah!" saya nak tergelak dia boleh reply macam tu. Bijak!

Bila dia makin besar, macam sekarang dah 4 tahun, bila kita cakap pasal kena kerja nak dapat duit baru boleh beli something2 ni...dia dah pandai reply,
"anaqi pun nak kerja lah mommy, nanti dapat duit, baru anaqi boleh beli toy..." 1st time dia jawab macam ni tersentuh hati saya nak menangis...at least saya tau dia dah tau nilai wang tu macam mana, bukan senang nak dapat duit. Syukur...makin bijak my hero!

So, saya harap perkongsian ini dapat sama-sama bagi manfaat walau sedikit sebanyak untuk kita semua =) yang penting, bila anak dah tahu pentingnya duit ni, dapatla kita elakkan pembaziran beli macam2 yang tak berapa perlu untuk anak kita kan...dan dapat bantu jimat kewangan famili ^_^



Setakat ini dulu. Sekian, wassalam.

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: