Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tips Mengurus Wang Anda

Setiap kita mempunyai keinginan, seperti membeli kereta, membeli atau membina rumah penginapan atau membuat bisnes. Dan setiap keinginan ini memerlukan jumlah wang yg agak besar lalu mendorong kita untuk membuat pinjaman wang dari institusi perbankan, dengan kata lain - berhutang.

Dan untuk mengelakkan dari masalah kewangan di masa depan maka kita harus menguruskan wang & hutang kita dengan bijak

Terlalu Banyak Berhutang?

Macam mana nak tahu tahap hutang kita? ok di sini kita sharing cara mendapatkan peratusan hutang kita perbanding pendapatan bulanan kita:-



P/S institusi perbankan selalunya melihat nisbah pendapatan/hutang seperti kiraan di atas untuk memastikan kedudukan kewangan bakal peminjam, adakah stabil & layak untuk membuat pinjaman/loan.

Tips Mengawal Perbelanjaan

Maka, untuk memastikan anda dapat menyeimbangkan wang & hutang anda setiap masa, jom kongsi tip-tip mengawal pendapatan spt berikut:-

1) Buat belanjawan
Setiap bulan sediakan senarai aliran keluar-masuk duit anda & haruslah berbelanja mengikut perancangan itu. (Boleh download Kalkulator Belanjawan dari Home menu Tips Belanjawan sebagai panduan)

2) Menyimpan Awal
Rancang simpanan anda seawal mungkin seeloknya dari mula bekerja. Terbaik adalah 20% dari jumlah pendapatan anda. Pilihan bijak ini amat membantu terutama di waktu keperluan / kecemasan / kesusahan, seperti putus pendapatan akibat tiada kerja atau bantuan wang kepada keluarga atau untuk membeli keperluan rumah tanpa perlu membuat ansuran.

3) Mengambil Perlindungan Takaful beserta Pelaburan
Salah satu pilihan terbaik diambil dari mula bekerja, kerana anda bukan sahaja dilindungi sewaktu mghadapi kesusahan dengan insurans Islamic, malah wang simpanan anda juga selamat, dan sumbangan anda ini turut dilaburkan untuk menambah keuntungan simpanan Takaful anda! Ini menguatkkan tip no 2) di atas ^_^

4) Urus kad kredit dengan bijak
Sila jelaskan baki kad kredit anda mengikut tarikh setiap bulan untuk mengelakkan dikenakan faedah kerana caj faedah kad kredit adalah tinggi berbanding jenis pinjaman yang lain!

5) Pembayaran bil automatik
Gunakan kemudahan pembayaran bil secara automatik untuk memastikan bil-bil anda dibayar tepat pada waktunya (buat standing instruction, gunakan maybank2u / cimbclicks dll)

6) Kurangkan hutang
Anda juga boleh  mengurangkan caj faedah pinjaman dengan mengurangkan jumlah hutang anda diwaktu anda mempunyai wang tambahan (cth:- bayar loan kereta/rumah/kad kredit lebih byk waktu dapat bonus) <-- jgn dah dpt bonus shopping sakan & tambah hutang lagi!!

7) Meminjam secara bijak
Jangan meminjam lebih dari yang anda mampu bayar! Buat pengiraan menyeluruh sebelum meminjam contohnya - ingin membeli kereta, perlu ambil kira perbelanjaan untuk minyak, bayaran tol, road tax, insurans & penyelenggaraan.

Jadi bagaimana? dapatkah anda mengamalkan setiap tips di atas? Pasti boleh jika benar2 ingin menikmati kehidupan yang lebih baik dengan kewangan yang lebih terurus.


ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: