Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Persoalan Insuran Takaful

Soal Jawab Insuran Takaful

Semakin kesedaran dalam insuran dan Takaful meningkat,
laju sejajar dengan kepentingannya juga semakin diperlukan,
mengikut peredaran kemajuan yg semakin tinggi.

Jom kita berkongsi beberapa soalan hangat berkaitan insuran / takaful
seperti berikut:-

1. Berapa banyak insurans / takaful perlu saya laburkan?

5-10% daripada pendapatan kasar anda.
Ia adalah boleh tolak cukai - income tax :)

2. Saya sudah mempunyai insuran. Bolehkah saya mendapatkan lagi perlindungan dan mengapa?

Ya, anda boleh mendapatkan lagi perlindungan,
terutamanya selepas peristiwa besar dalam hidup seperti perubahan pekerjaan, mempunyai pendapatan yang lebih tinggi untuk melindungi, berkahwin, mempunyai anak, membeli harta. Keperluan anda meningkat mengikut umur dan lifestyle anda. 

3. Apakah perlindungan yang saya perlu? 

Pakej komprehensif perlindungan berkaitan pelaburan:
- Hayat dan hilang upaya kekal
- Penyakit kritikal
- Kemalangan
- Perlindungan perubatan / medical card
- Nilai tunai / simpanan / pelaburan

Jika anda mendapati diri anda underinsured dalam mana-mana salah satu dari perkara di atas, anda perlu top-up dengan sewajarnya.

4. Mengapa syarikat yang berbeza mempunyai kadar dan harga yg berbeza pada kad perubatan mereka?

Pertama --> Fasal yang berbeza:- 
- FASAL PENGELUARAN PORTFOLIO memberi hak kepada syarikat itu untuk menarik balik faedah perubatan dengan notis satu bulan. Terutamanya dalam kes kehilangan disebabkan oleh tuntutan yang berlebihan dan prestasi syarikat semakin menurun. Juga syarikat boleh mengeluarkan faedah jika tidak membayar atau berlaku penipuan.
(PORTFOLIO WITHDRAWAL CLAUSE entitles the company to withdraw the medical benefits with one month notice. Especially in case of loss due to excess claims and company performance spiralling down. Also the company can withdraw benefit if non-payment or fraud)

- FASAL TIDAK BOLEH BATAL bermakna syarikat itu tidak boleh membatalkan faedah perubatan selagi tidak ada penipuan dan pembayaran yang baik. PRUDENTIAL baru-baru ini mengukuhkan fasal ini.
(NON-CANCELLABLE CLAUSE means the company cannot cancel the medical benefits as long as there is no fraud and the payment is good.)

Kedua --> Pakej yang berbeza:
harga bilik / had tahunan dan jangka hayat / elaun wad / co-insurans atau perlindungan penuh / perlindungan bersalin dan komplikasi akibat kemalangan

Dana Kecemasan


Harap perkongsian ini membantu anda membuat perancangan terbaik untuk anda dan keluarga ^_^
Jom #takaful #financialfreedom

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: