Assalamualaikum,
Bagaimana saya bermula...
Saya bekerja sebagai engineer bermula tahun 2006 di sebuah syarikat non-bumi terletak di Sri Petaling. Saya akhiri career engineer saya di sebuah syarikat bumiputra di Damansara Perdana. My last project was one big project with Petronas in KLCC in year 2012.Pada waktu itu, saya sudah kira sebagai senior engineer, namun bidang yang saya ceburi ini dikuasai oleh kaum adam sedikit sebanyak menyebabkan tekanan & membawa kebosanan dalam kerja seharian.
Minat sangat business!
Sejak sekolah rendah sehingga ke Universiti, sudah pasti ada sahaja small business yang saya jalankan. Minat sangat jual2 ni. Membawa kepuasan! yang penting saya gembira berbisnes. Jadi, setelah bergelar isteri, suami sebagai sahabat sentiasa menyokong aktiviti saya. Dan apabila saya katakan mahu berbisnes & sudah bosan bekerja sebagai engineer...dia memilih dari senarai bisnes yang saya list-kan ---> insuran!Insuran Takaful dipilih
Jadi terus setelah perbincangan serius dibuat bersama suami atas segala pro & cons, saya sebagai agen takaful dipersetujui & diredai suami. So, saya memulakan langkah pertama dengan mengikuti kelas di Al-Isra Jaya 33 bermula April 2012.Setelah 2 bulan menimba ilmu & mengenali bidang takaful bersama Prudential ini, dan setelah lulus cemerlang 3 exams untuk mendapatkan licences, maka pada Jun 2012 saya dengan rasminya contracted sebagai Takaful agen di bawah Prudential BSN Takaful Berhad (PBTB). Syukur Alhamdulillah...bermulalah bisnes saya ini...
Agen Sepenuh Masa
Setelah lebih kurang 4 bulan lebih sebagai agen separuh masa, di samping kerja sebagai engineer itu, maka surat letak jawatan dihantar pada 15 Oct 2012 kepada syarikat. just 1 month notice. Maka hijrah saya sepenuhnya bermula pada tanggal 15 Nov 2012 bersamaan 1 Muharram 1434H...saya agen Full Time! ketika itu komisen saya baru RM450! satu tindakan yang amat berani bak kata keluarga dan kawan2 rapat...Pelbagai kritikan dan pertanyaan dari keluarga dan sahabat handai bertanya, kenapa sanggup tinggalkan pekerjaan bagus sebagai jurutera...saya terima dengan hati yang terbuka dan bersedia...walaupun abah dan mama paling risau ketika itu, kerana mereka tidak yakin dengan bidang insuran ini dapat memberi sebaik pendapatan seperti seorg engineer! namun saya gagahi juga sehingga berjaya meyakinkan kedua abah & mama akhirnya bila setelah setahun, mereka melihat kenaikan pendapatan saya, dan mereka juga merestui. Terima kasih abah dan mama tersayang.
Begitulah serba sedikit sharing kali ini... :)
ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
0 comments:
Post a Comment