Assalamualaikum pembuka kalam,
Mengapa saya & insuran
Bermula tahun 2001 semasa mula belajar di Multimedia Universiti (MMU), Melaka. Sebagai seorang student engineering yang sentiasa aktif & mahu beraktiviti. Maklumlah remaja berjiwa muda yang mahu meng-explore sebanyak mana & sejauh mungkin peluang, terutama dalam extreme outdoor aktiviti & martial arts.Jadi, sebagai anak sulung dalam keluarga, menjadi tanggungjawab saya untuk tidak banyak menyusahkan abah & mama, berprinsip diri mahu berdikari & independent, dan mahu menikmati zaman belajar & beraktiviti sehabis baik, maka saya cuba mencari satu jalan untuk mengatasi bila berlaku kecemasan atau emergency. Maklumlah...bidang extreme outdoor ni memang aktiviti yang berisiko tinggi & penuh bahaya juga cabaran.
Saya sememangnya tidak mahu mendatangkan masalah kepada keluarga dalam menikmati keseronokan ber-jungle tracking atau mendaki gunung atau water rafting atau rock climbing dll lagi! bahaya tapi amat mendatangkan kepuasan kepada penggemar seperti saya. Fikir punya fikir punya fikir...akhirnya saya decided mengambil pelan perlindungan aka insuran.
Kenapa saya pilih insuran?
sebab pada waktu itu yang saya fikir...1) kalau saya tercedera dalam beraktiviti, saya tak perlu risau sebab ada protection
2) kalau masuk hospital sebab cedera atau accident, tak perlu fikir mintak duit dgn abah mama, insuran dah cover
3) kalaulah di takdirkan sewaktu ber-outdoor ni saya sampai ajal, at least saya ada tinggalkan wang yang besar untuk keluarga saya...iaitu pampasan life insuran tersebut.
Accident!
Jadi, sepanjang saya dilindungi insuran ini dari tahun 2001 sehingga 2005, Alhamdulillah tiada aral yang berlaku, cuma, di tahun pertama saya di MMU, pulang dari sesi martial art, pada waktu itu saya joined silat gayung & taek won do, dengan uniform warna hitam, dengan berbasikal Lerun di waktu malam, saya terlibat dengan accident di lorong otw ke rumah sewa.Kejadian itu menyebabkan saya dikejarkan ke Hospital KL dan.....yang saya ingat & ambil kira cuma...kos berada di wad selama 15 hari kerana pendarahan dalam kepala berjumlah RM6 ribu++ itu semua ditanggung INSURAN! abah, mama, dan keluarga cuma keluarkan wang untuk datang melawat dari Kelantan ke KL sahaja. Dan syukur Alhamdulillah kecederaan saya tidak teruk, darah cepat beku, tiada pembedahan diperlukan, semunya baik2 syukur...
BIAR DUIT BUAT DUIT!
Jadi, kesimpulannya, jika kita fikirkan DUIT atau WANG, dalam setiap perkara kita sentiasa perlu ada duit/wang, apetah lagi kalau nak yang express & cepat & segera, tak perlu tunggu2 tak perlu beratur2. So, biarlah wang buat wang! tak gitu? anda nampak tak maksud saya?Selama 5 tahun (2001 hingga 2005) itu, saya cuma habiskan tak sampai RM3 ribu untuk membayar insuran saya yang melindungi saya umpama Bodyguard tu...tapi dalam 5 tahun itu juga insuran itu telah membayarkan untuk saya (kos akibat eksiden 2001) sebanyak RM6 ribu++...ini belum dikira kos2 perubatan pergi klinik bila tak sihat...nampak tak maksud saya duit buat duit ni!? bayar sikit tapi pulangan berganda!
Kesimpulannya pada saya...INSURAN ITU FREE! malah dapat extra pampasan lagi...bagi yang berkira seperti saya, ini sememangnya diperlukan oleh setiap masyarakat, agar tak perlu nak habiskan duit simpanan sendiri yang disimpan bertahun2 bila kecemasan berlaku! Fikir-fikir & kira-kirakan lah. Moga dapat membuat pilihan BIJAK seperti saya >_<
ZULAIKHA
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH
sambungan part 2
0 comments:
Post a Comment