Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Etika sebagai Mujahid Takaful

Assalamualaikum,

Akhlak Agen Insuran/Takaful

Pertama sekali ucapan syabas kerana anda seorang agen insuran & Mujahid Takaful! syabas diucapkan. Pilihan pekerjaan yang baik untuk dunia & in sya Allah akhirat juga.

Jadi, macam mana nak jadi seorang mujahid takaful yang beretika & disukai ramai ni? setiap mujahid takaful adalah pembawa panji Islam dalam mengamalkan sistem kewangan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah maka haruslah berakhlak dan beretika. jom kita sharekan sedikit sebanyak tugas mujahid takaful ini secara generalnya ya :-

  1. Perlu mempunyai sifat siddiq iaitu benar, terutama dalam mengendalikan peserta2 takaful. Setiap transaksi dilaksanakan harus telus dan mengikut perjanjian yang dipersetujui bersama. Ketika mempromosikan produk, perlu benar dalam menyatakan ciri-ciri pakej atau produk berkenaan. 
  2. Jangan berlebih-lebihan dalam berkata-kata, sehingga sampai ke tahap berbohong demi menarik minat prospek untuk mengambil sesuatu produk. Sabda Nabi SAW: "Peniaga yang benar dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para nabi, golongan orang-orang yang benar dan para syuhada". (Riwayat At-Tirmidzi) 
  3. Agen takaful perlu amanah. Dalam hal ini, peserta telah melantik mereka sebagai wakil untuk memikul amanah bagi menguruskan caruman mereka. Setiap tindakan yang dilakukan pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Jangan melakukan penipuan dan penyelewengan sehingga menjejaskan reputasi takaful di mata masyarakat. Ini sekali gus akan merosakkan imej sistem kewangan Islam itu sendiri sehingga boleh menjejaskan kepercayaan masyarakat. 
  4. Tugas seterusnya ialah tabligh iaitu menyampaikan. Wakil takaful perlu menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat dan membuktikan kebaikan yang ada pada sistem kewangan Islam melalui takaful ini. Sesungguhnya takaful menyelamatkan masyarakat dari elemen yang bercanggah dengan syariah Islam seperti Riba, Gharar (ketidaktentuan), & Maisir (perjudian).
  5. Akhlak seterusnya ialah fatanah atau bijaksana. Jangan terlalu tergesa-gesa dalam berhadapan dengan prospek sehingga menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Gunakanlah cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dalam berdakwah. Tugas kita hanya menyampaikan & Allah yang memberi hidayah kepada mereka yang dikehendakiNya.
  6. dan yg terakhir, buat kali ini, para mujahid Takaful perlu sentiasa peka terhadap segala perkembangan terkini, termasuklah aktiviti, operasi dan produk atau perkhidmatan atau pakej takaful yang dikeluarkan.
(Dirumus bersama dari petikan Utusan Malaysia 07/04/2010 Bicara Agama bersama Wan Jemizan Wan Deraman)

P/S
pssst...psstt...jika berminat menjadi mujahid takaful bersama saya, jom cuba, mana tahu di sini rezeki anda... terus contact saya ok! >_<

ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: