Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

36 Penyakit Kritikal

Senarai 36 Penyakit Kritikal (Critical Illnesses)

Kali ini mari sama-sama saya sharekan list 36 jenis penyakit kritikal, beserta sedikit penerangan agar dapat difahami, yang dilindungi dengan polisi insuran / Takaful anda.
  1. AIDS - terbahagi kepada 2 iaitu AIDS akibat pemindahan darah & full blown AIDS
  2. ANEMIA APLASTIK -
    Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan berikut :-
    i. Transfusi produk darah secara berkala.
    ii. Agen perangsang sum-sum.
    iii. Agen imunosupresif.
    iv. Pemindahan sum-sum tulang.
  3. SINDROM APALIK - Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak.
  4. PENYAKIT ALZHEIMER - Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
  5. TUMOR OTAK BENIGNA - Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria.
  6. BUTA - Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih.
  7. PEMBEDAHAN OTAK - Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
  8. SERANGAN PENYAKIT JANTUNG - Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah
  9. PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN - pembedahan pintasan koronari arteri melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur keyhole atau laser.
  10. STROK - suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari 6 bulan, contoh seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak.
  11. KANSER - ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan diperlukan. Berikut adalah terkecuali :- i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
    ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
    iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
    iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
    v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
    vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
  12. KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG) - apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
  13. PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA - Hilang keupayaan kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelumpuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh penyakit itu.
  14. PEMINDAHAN ORGAN UTAMA -
    Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
    i. Buah Pinggang
    ii. Paru-paru
    iii. Hati
    iv. Jantung
    v. Sum-sum tulang
  15. SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG - Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara
  16. HEPATITIS VIRUS FULMINAN - nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
  17. HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA - pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3
  18. KOMA - Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari.
  19. PENGGANTIAN INJAP JANTUNG - Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
  20. PEMBEDAHAN AORTA - Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta.
  21. HILANG PENDENGARAN / PEKAK - Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan.
  22. HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU) - Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama 12 bulan.
  23. KEBAKARAN PARAH - Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi.
  24. PENYAKIT MEMBAWA MAUT - menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa 12 bulan.
  25. PENYAKIT MOTOR NEURON - kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis lateral primer.
  26. PENYAKIT PARKINSON - Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi. Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
  27. PENYAKIT HATI YANG KRONIK -
    Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakit berikut :-
    - Penyakit kuning kekal
    - Askit
    - Ensefalopati
    - Hipotensi portal.
  28. PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK - Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.
  29. DISTROFI OTOT
  30. POLIOMIELITIS - jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan.
  31. MENINGITIS BAKTERIA - bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima 30 hari
  32. ENSEFALITIS - inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima 30 hari
  33. LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS - Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari.
  34. TRAUMA KEPALA UTAMA - Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan.
  35. KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI - Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
  36. Systemic Lupus Erythematosus (SLE) Lupus Nepritis
MEMO: Segala yang tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk bahagian senarai penyakit kritikal di dlm polisi anda.


ZULAIKHA (Al-Isra')
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: