Peluang Usahawan

Peluang Usahawan

Tabung Pendidikan Pelan Takaful

Bina Tabung Pendidikan Menerusi Pelan Takaful

Jom kali ni saya sharekan mengenai simpanan pendidikan kepada anak-anak tersayang untuk menjamin masa depan yang gemilang.

Dalam zaman yang serba moden ini, kos sara hidup sangat tinggi terutamanya bagi yang tinggal di bandar. Namun, ini bukanlah alasan untuk anda tidak memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Jadi, mulalah menyimpan seawal mungkin agar hidup berkeluarga lebih teratur dan terjaga.

Tidak dinafikan, untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidikan yang sempurna. harus diingat, dari masa ke semasa, kos pendidikan semakin meningkat. Oleh itu, kita perlu menabung. Sebagai contoh, pada masa ini, kos sebenar untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah RM166,000 (Utusan Malaysia:15 April 2012). Bayangkan peningkatan kos 10 tahun akan datang.

Ibu bapa perlu bertindak cepat kerana bukan semua akan mendapat tajaan atau pinjaman pendidikan untuk melanjutkan pelajaran. Menabunglah sejak awal agar tidak terbeban apabila tiba masanya nanti.

Umumnya, terdapat banyak cara untuk menabung. Antaranya ialah

1) Akaun Simpanan Biasa

2) Akaun Tetap - Ia sejenis pelaburan yang menjamin kadar pulangan tetap pada tarikh matang. Selalunya amaun pelaburan bermula dari RM1,000.

3) Unit Amanah (Unit Trust) - antara alternatif pelaburan kegunaan jangka masa sederhana (tiga ke lima tahun) dan jangka panjang (lebih lima tahun). pulangannya tertakluk kepada prestasi dana.

4) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) - satu skim simpanan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menjanjikan pulangan dividen tahunan.

5) Pelan Takaful

Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Dengan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'), anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang tertentu.

Antara kelebihan mengambil pelan pendidikan takaful ialah:
  • Menyediakan perlindungan nyawa untuk anak anda di samping membina dana atau simpanan pendidikan.
  • Menyediakan perlindungan nyawa dan kewangan terhadap ibu bapa agar anak anda terus mendapat manfaat simpanan jika ibu bapa mengalami hilang upaya atau kehilangan nyawa.
  • Pilihan untuk mendapatkan perlindungan perubatan.
  • Ganjaran untuk kecemerlangan akademik.
  • Pilihan pengeluaran dana atau simpanan untuk menampung kos pendidikan. 
Simpanan Pendidikan dengan Takaful

Merancang Dengan Pelan Yang Bijak

Jika belum ada perancangan, anda boleh mengambil pelan PruBSN SmartLink . Melalui pelan bijak ini, anda boleh menarik nafas lega. PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitan-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda.

Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart. Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda seawal usia 14 hari selepas lahir. PruBSN SmartLink juga fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai umur 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun. Di samping itu, pelan ini juga memberikan ganjaran Bonus Loyalti sekiranya anda membuat bayaran secara konsisten.

P/S:
1) Ini adalah panduan / tip yang bersifat umum dan mungkin tidak merangkumi situasi bagi sesetengah individu. Untuk keterangan lanjut, hubungi saya ya :)
2)  Prudential BSN Takaful Berhad merupakan Pengendali Takaful yang berdaftar di bawah Akta Takaful 1984 dan dikawalselia oleh Bank Negara Malaysia.

Sumber artikel: http://pama.karangkraf.com/bayi/bina-tabung-pendidikan-menerusi-pelan-takaful-1.109918

ZULAIKHA (Muqmeen Group)
019.3306849
Protect Your HEALTH & WEALTH

0 comments: